Lii Zii Jia, anak kelahiran Alor Setar, Kedah melengkapkan penguasaaan Malaysia di Sukan SEA 2019 dalam permainan badminton acara perseorangan apabila merangkul pingat emas selepas pemain perseorangan wanita, Selvaduray Kisona merangkul emas sebelum itu.
Pemain badminton negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah untuk meraih pingat emas Sukan SEA 2019 dalam acara perseorangan lelaki sekaligus memenuhi sandaran pingat emas yang diletakkan di bahu beliau.
Lee Zii Jia telah menewaskan pemain naturalisasi Singapura yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang, Loh Kean Yew dalam perlawanan straight set, 21-18 dan 21-18 di Kompleks Sukan Muntinlupa, Manila Filipina.
Loh Kean Yew merupakan pesaing Lee Zii Jia sejak kecil lagi dan kini mereka bertembung di pentas Sukan SEA untuk menjadi jaguh terbaik di Asia Tenggara dan juara milik Zii Jia dalam tempoh 38 minit.
Zii Jia doubles the joy 🥇🙌
National men’s singles, Lee Zii Jia was imperious in the #SEAGames2019 final to seal Malaysia’s second gold medal.
Zii Jia overcame his childhood rival Loh Kean Yew 21-18 21-18 in just 38 minutes. pic.twitter.com/NcxPVw4moB
— BAM (@BA_Malaysia) December 9, 2019
Pemain badminton nombor satu Malaysia itu telah mempamerkan aksi yang meyakinkan walaupun ketinggalan pada set kedua, beliau kembali memperkemaskan permainan selepas melihat pemain Singapura itu semakin tertekan.
Loh Kean Yew memberi tentangan sengit, pada set pertama walaupun ketinggalan 8-4 dan kemudian dijarakkan kepada 11-6, pemain Singapura itu sempat mengejar sebelum tewas 21-18.
Kebangkitan ditunjukkan oleh Loh Kean Yew pada set kedua dan mendahului 8-4 namun kerana tidak mampu menahan tekanan dengan kesilapan demi kesilapan Lee Zii Jia mengejar dan meraih emas dengan kemenangan 21-18.
ini merupakan pingat emas pertama Lee Zii Jia yang merupakan pemenang pingat gangsa pada Kejohanan Dunia Remaja 2016 selepas bertanding dalam dua Sukan SEA sebelum ini.