Expand To Show Full Article
Zidane Tak Dihormati Seperti Klopp Atau Guardiola - Grandstand Kita

Zidane Tak Dihormati Seperti Klopp Atau Guardiola

Ketua Jurulatih Algeria, Djamel Belmadi bertanggapan Zinedine Zidane tidak mendapat rasa hormat yang sepatutnya seperti jurulatih lain.

Zidane merekodkan banyak kejayaan bersama Real Madrid sebegai jurulatih. Selain berjaya merampas kembali kejauraan La Liga pada musim ini, Zidane sebelum ini pernah membawa Real Madrid bergelar juara eropah sebanyak tiga kali berturut-turut.

Bagi Belmadi Zidane tidak dihargai sepertimana penghargaan yang dihamburkan kepada Jose Mourinho, Jurgen Klopp dan juga Pep Guardiola.

“Saya mengagumi Guardiola, Klopp, dan Zidane. Kita tidak boleh melupakan bahawa Zidane adalah seorang jurulatih yang hebat. Jika Mourinho atau Guardiola menang Liga Champions tiga kali berturut-turut, kita mungkin akan memanggil mereka genius,” ujar Belmadi kepada Marca.

Zidane memulakan karier sebagai jurulatih dan pengurus bersama Madrid pada 2016. Beliau sempat mengundurkan diri pada 2018, sebelum kembali melatih Los Blancos pada 2019.

Sehingga kini Zidane sudah memberikan 11 gelaran kepada Real Madrid selaku jurulatih dan pengurus.

“Zidane adalah seorng genius genius bukan kerana dia melakukan revolusi pertandingan bola sepak. Di sisi lain, kita berbicara mengenai filosofi sejumlah kelab yang tidak pernah memenangi apa-apapun,” tambah Belmadi.

“Apakah kita menilai seorang [jurulatih] dari kemenangan atau dari segi yang memiliki filosofi terbaik. Yang jelas penyokong menginginkan anda untuk sentiasa menang.”

Madrid masih berpeluang menambah gelaran kejuaraan pada musim ini. Luka Modric dan rakan sepasukan akan tampil di perlawanan kedua pusingan 16 pasukan terbaik Champions League menentang Manchester City.

 

 

Kongsi artikel ini