Expand To Show Full Article
Zaquan Tibai YB Asmirul - "Selama Ni Pun Kami Hanya Nampak YB Bila Time Final Je" - Grandstand Kita

Zaquan Tibai YB Asmirul – “Selama Ni Pun Kami Hanya Nampak YB Bila Time Final Je”

Satu persatu pemain Kedah FA meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tunggakan gaji dipercayai mencecah lima bulan yang belum diterima.

Di pihak pengurusan, baik yang lama dan yang baru, episod tuding menuding mengenai siapa yang perlu bertanggungjawab terus memberikan isyarat masalah kewangan Kedah FA tidak akan selesai dalam masa terdekat.

Semalam melalui satu laporan di New Straits Times, kapten pasukan Baddrol Bakhtiar mendedahkan beberapa pemain telah mengambil tindakan membawa kes tunggakan terebut kepada pihak PFAM.

Baddrol jelas kecewa dengan kenyataan daripada Presiden baharu KFA, Muhammad Sanusi Md Nor yang berkata tidak akan menggunakan peruntukkan daripada kerajaan untuk menjelaskan gaji pemain dan pegawai.

Sekali lagi Kedah Football Association(KFA) di landa wabak menuding jari antara satu sama lain setelah kerajaan bertukar…

Posted by Asmirul Anuar Aris on Monday, July 27, 2020

Kenyataan Sanusi itu kemudiannya turut dijawab oleh mantan Setiausaha Agung KFA, YB Asmirul Anuar Aris yang menyifatkan pengurusan baharu KFA tidak tahu dan sedar akan tanggungjawab mereka.

“Apabila anda mengambil alih sesebuah Syarikat, Persatuan mahupun Kerajaan atau dengan kata lain telah bertukar tangan pihak pengurusan maka segala perjanjian, liabiliti, hutang dan pengurusan aset akan turut berpindah tangan,” jelas Asmirul.

“Pihak yang berkenaan perlu berusaha menjelaskannya. Tidak timbul kenapa pengurusan yang lama tidak menjelaskannya kerana amanah dan tanggung jawab tersebut telah di rampas di pertengahan jalan pemerintahan.

“Pemain menandatangani kontrak dengan Persatuan bukan dengan pihak pengurusan. Adalah menjadi tanggung jawab Presiden selaku ketua di sesebuah organisasi untuk bertindak mencari jalan penyelesaiannya bukan dengan cara menuding jari kepada pengurusan lama.

“Antara yang menjadi persoalan ialah jumlah gaji pemain. Memandangkan Kedah layak ke Piala AFC 2020, dengan kesungguhan KFA untuk mengangkat martabat bolasepak negeri Kedah ke peringkat Asia maka sejumlah perbelanjaan telah di naikkan.

“Pembelian Kpah dan Kipre menjadi keutamaan kerana Kedah perlu memantapkan jentera serangan berikutan dengan kegagalan saingan final Piala Malaysia 2019. Jumlah gaji yang di terima tidaklah sebagaimana yang di gemburkan.

“Umum menyedari bahawa bolasepak ialah sukan utama di Negeri Kedah. Satu-satunya riadah peminat yang tidak dapat hendak di kesampingkan. Itulah wajah keceriaan orang Kedah. Kegembiraan melangkah ke final kebanggaan rakyat negeri,” tambah Asmirul lagi.

Mungkin kerana sudah bosan dengan segala episod tuding menuding, Zaquan Adha tampil menyelar kenyataan Asmirul yang sebelum ini pernah berjanji akan menyelesaikan segalah tunggakan sebelum Aidilfitri yang lalu.

“Maaf kalau salah cakap. YB masih mampu senyum bersendirian sedangkan kami pemain menangis tak berlagu dah ni.” jawab Zaquan.

“Cukup-cukuplah nak berpolitik dan mempersoalkan antara satu sama lain. Selama ini pun kami hanya nampak YB bila time final je.

“Bab ambil gambar YB memang ada tapi bila bab kebajikan pemain langsung tak nampak muka.

“Still sibuk nak berpolitik dan yang menjadi mangsa kami pemain. Dekat media YB boleh pusing cerita tapi hakikaynya kami pemain yang telan.

“Selama ini kami hanya berdiam diri sahaja sebab nak jaga air muka majikan,” tambah Zaquan lagi melalui IG Story beliau baru-baru ini.

 

 

 

Kongsi artikel ini