Zamsaham Sedia Pindah ‘Markas TRW’ Untuk Selamatkan Stadium Shah Alam

Pemilik Kelantan ‘The Red Warriors’ (TRW),  Norizam Tukiman bercadang untuk memindahkan ‘markas’ atau venue perlawanan pasukannya Stadium Shah Alam untuk menyelamatkan stadium ikonik bola sepak Selangor itu.

Semalam beberapa agensi berita di dalam negara melaporkan stadium yang pernah menjadi lambang kemegahan bola sepak di negeri Selangor itu bakal dirobohkan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melalui ciapannya berkata pembangunan semula Stadium Shah Alam bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Projek terbari itu turut melibatkan pembangunan keseluruhan Kompleks Sukan Stadium Shah Alam termasuk Stadium Melawati dan akan dilaksanakan berdasarkan hasil penilaian jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan.

Zamsaham mahu pajak SSA

Melalui perkongsian di Facebook miliknya semalam, cadangan merobohkan Stadium Shah Alam itu nyata tidak diterima dengan baik oleh pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman.

Turut dikenali dengan gelaran Zamsaham, ushawan burger dan pakar saham itu berkata adalah lebih baik stadium tersebut dipajak, dan beliau turut meluahkan kesudian beliau berbuat demikian.

Ini secara tidak langsung bermakna Zamsaham sanggup mengubah arena baharu pasukan The Red Warriors dari Kota Bahru ke Shah Alam.

Ia bukan idea yang aneh memandangkan pasukan Kelantan memiliki ‘fan-base’ yang ramai di sekitar Lembah Klang, dan ia boleh dimanfaatkan oleh pasukan itu.

Pasukan Kelantan FC kini sedang mengungguli carta saingan Liga Premier 2022, dan berpeluang dinaiikan kembali ke Liga Super Malaysia sekiranya berjaya mengekalkan prestasi semasa.

Selepas sembilan perlawanan yang dilalui, The Red Warriors berjaya mencatatkan sebanyak tujuh kemenangan sekaligus mengutip 22 mata secara keseluruhannya.

Kongsi artikel ini