Zamsaham Bangga Semangat Juang Pemain Kelantan FC Berkorban Demi Kemenangan Pasukan

Pasukan Kelantan FC terus mempamerkan aksi konsisten dan kemenangan ke atas pasukan PDRM 2-1 kelmarin terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu dalam Liga Premier 2022 dan terus menjarakkan diri daripada pasukan kelab Johor Darul Ta’zim II dengan 35 mata.

Kemenangan Kelantan FC yang ke-11 dalam 15 perlawanan di bawah pengendalian jurulatih Rizal Zambery Yahya ternyata memberikan kegembiraan kepada pemilik kelab , Norizam Tukiman tetapi beliau juga bimbang dengan situasi para pemain yang sedang dihadapi oleh mereka.

Di dalam Facebook miliknya , beliau berkongsi satu tangkap layar daripada group whatsapp Kelantan FC dengan satu pertanyaan berkenaan dengan situasi dua pemain yang sedang diberikan rawatan di atas padang oleh kakitangan pasukan.

“Ini kenapa? Sila bagi laporan lengkap kenapa mereka jatuh. Adakah sebab nak lambat2 perlawanan atau sebab injured.”

Penolong jurulatih , Pol Corpas telah memaklumkan bahawa Felipe Hareda cedera kerana impak permainan yang telah beliau lalui dalam tiga perlawanan berturut sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit untuk bermain dalam perlawanan itu. Manakala Syamil (Nursyamil Abd. Ghani) masih lagi belum pulih daripada kecederaan yang dialami olehnya ketika menentang JDTII sebelum ini.

Pemilik kelab itu menghamburkan pujian kepada kedua-dua pemain ini kerana masih mahu bermain meskipun tidak mendapat cukup rehat sepenuhnya untuk pulih daripada kecederaan.

“SEBELUM main saya dapat info Felipe Hereda ambik Pain Killer dan Saudara Syamil pula masih injured semenjak perlawanan JDTll yg lepas.Saya respect mereka berdua ni sebab bermain sungguh2 untuk Kelab Kelantan FC. Walaupun injured, tapi mereka nak juga bermain.
Dah 15 perlawanan setahu saya tiada pemain TRW KELANTAN FC suka2 guling2, baring2 atau lengah2kan perlawanan.Kalau ada,inshaAllah saya orang pertama yg akan tanya…kenapa baring2.
Kita doakan semoga player2 segera sembuh dan cergas fit utk perlawanan berikutnya.

 

 

Tinggal 5 minit sebelum perlawanan tamat saya nampak Felipe dan syamil terbaring.Tak lama,lepas dirawat mereka terus…

Posted by ZAMSAHAM on Saturday, August 13, 2022

 

Cuaca Pantai Timur Berbeza

Pasukan Kelantan FC tidak dapat bermain pada waktu malam disebabkan lampu limpah gelanggang Stadium Sultan Muhammed ke-IV tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Pengelola Bola Sepak Malaysia (MFL) memaksa mereka mengadakan perlawanan di sebelah siang ketika menerima kunjungan daripada pasukan lawan.

Apabila bermain pada waktu petang , corak permainan yang ditampilkan berlainan sedikit berikutan terpaksa menghadapi cuaca panas terik dan pastinya tenaga dan fizikal akan cepat kepenatan dan mengganggu prestasi para pemain.

Perkara ini diakui oleh penyerang Kelantan FC , Syed Sobri Syed Mohammad berharap pasukannya tidak perlu lagi menghadapi perlawanan di sebelah petang kerana menyebabkan corak permainan pemain terjejas.

Menurut Syed Sobri, cuaca di Pantai Timur adalah berbeza dengan negeri-negeri lain di negara dan sukar untuk pemain untuk menyesuaikan diri bermain di bawah panas terik.

“Sebelum ini kami bermain sembilan perlawanan di sebelah malam jadi bila bermain waktu petang ini rasa sangat lain.

“Dapat lihat kedua-dua pasukan tak biasa dengan cuaca ini dan menampilkan permainan yang agak berbeza daripada yang biasa,” katanya kepada portal Harimau Malaya.

Meskipun begitu , Kelantan FC masih mampu meraih kemenangan demi kemenangan walaupun bermain dalam keadaan cuaca terik di gelanggang sendiri kerana para pemain enggan menggunakan alasan faktor cuaca untuk terus menunjukkan prestasi di tahap terbaik.

Kongsi artikel ini