Andriy Yarmolenko memberikan tiga mata berharga buat West Ham apabila skuad kendalian David Moyes itu mengejutkan Chelsea 3-2 pada awal pagi tadi.
Walaupun keadaan semasa sebelum perlawanan menampilkan prestasi terkini berbeza di antara dua pasukan ini, kejayaan mengumpul tiga mata ini bermakna West Ham berjaya menjarakkan diri tga mata dari zon penyingkiran.
GOOOOOOOAL🔥
West Ham 0-1 Chelsea
The match is live on @BRGoals
— SnapGoal (@SnapGoal) July 1, 2020
Moyes dan West Ham mungkin kecewa apabila gol pertama mereka dibatalkan oleh VAR.
West Ham terus kecewa selepas itu apabila Willian berjaya meletakkan Chelsea di hadapan melalui sepakan penalti.
GOOOOOOOAL🔥
West Ham 1-1 Chelsea
The match is live on @BRGoals
— SnapGoal (@SnapGoal) July 1, 2020
Namun dalam perlawanan ini West Ham dilihat berbahaya setiap kali melakukan serangan dan Chelsea bergelut untuk bertahan dengan baik.
Ini membenarkan Tomas Soucek menyamakan kedudukan sebelum babak pertama berakhir, sebelum Michail Antonio memberikan pendahuluan 2-1 kepada West Ham selepas babak kedua bersambung.
GOOOOOOOAL🔥
West Ham 2-1 Chelsea
The match is live on @BRGoals
— SnapGoal (@SnapGoal) July 1, 2020
Willian berjaya membawa Chelsea menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma cantik pada minit ke-72 perlawanan.
Namun bahagian pertahanan Chelsea nyata rapuh, apabila Yarmolenko menghukum kealpaan The Blues melalui serangan balas pantas.
GOOOOOOOAL Willian😳🔥
What a goal!🥵🥵🔥
The match is live on @BRGoals
#WHUCHE 2-2
— SnapGoal (@SnapGoal) July 1, 2020
Pemain dari Ukraine itu mengakiri gerakan menarik West Ham dengan satu cut inside sebelum melepaskan rembatan deras melepasi Kepa Arrizibalaga.
GOOOOOOOAL🔥😳
Blues, Don’t bring more strikers or midfielders, sign some fu***ing defenders!
The match is live on @BRGoals
#WHUCHE 3-2
— SnapGoal (@SnapGoal) July 1, 2020
Kekalahan 4-1 Bournemouth kepada Newcastle United membenarkan West Ham melonjak ke kedudukan ke-16 liga.
Manakala Chelsea pula gagal mengambil kesempatan kekalahan 2-1 Leicester City yang berada di kedudukan ke-3 liga kepada Everton.
Walaupun kekal di kedudukan ke-4, kekalahan ini pasti memberi tekanan kepada mereka tatkala Manchester United dan Wolves semakin merapat dari segi jurang mata.