Seperti biasa apabila liga bola sepak di Eropah menuju ke penghujung musim, maka beberapa edisi jersi untuk kegunaan musim seterusnya juga akan diperkenalkan.
Lebih menarik, ada yang belum sempat diperkenalkan, tetapi rekaan jersi tersebut terlebih dahulu bocor dan tular di online.
Tak kisahlah apa pencapaian setiap pasukan pada musim yang masih belum habis ini, rekaan jersi baharu untuk saingan musim hadapan ibarat aspirasi baharu yang sentiasa membakar semangat jiwa kental penyokong setia mereka di seluruh dunia.
Dan ia sudah cukup untuk membuatkan penyokong masing-masing teruja untuk menanti saingan baharu pada musim akan datang.
Bayangkan pula jersi tersebut disarung oleh pemain bintang baharu yang kelab bawa masuk pada jendela perpindahan akan datang.
Terus sahaja setiap penyokong tanpa mengira penyokong kelab mana yakin ‘Next year is our year’ itu akan menjadi kenyataan.
Di sini, kami kumpulkan beberapa jersi yang sudah sah secara rasmi akan digunakan oleh kelab-kelab Eropah. Ada juga yang kami perolehi setelah bocor dan tular di media sosial.
Kita rileks dan nilai secara santa sama-sama petang ini.
Yang indah sahaja
Ajax [Away]
Untuk musin ketiga berturut-turut Ajax boleh dikatakan memiliki jersi away yang amat cantik.
Versi kali ini adalah interpresi moden dari grafik yang pernah menhiasai jersi kelab legenda ini pada era 80an sehingga 90an.
𝗡𝗼 𝗰𝗮𝗽𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗻𝗲𝗲𝗱𝗲𝗱. 🔥#ReadyForSport #ForTheFuture pic.twitter.com/nGjOpEkYFR
— AFC Ajax (@AFCAjax) June 11, 2020
Barcelona [Away]
Gabungan warna hitam dan emas penuh keuggulan. Pemakainya juga layak bergelar sang pemenang.
Barcelona dikenali sebagai sebuah pasukan yang gemar menampilkan bola sepak cantik.
Dan jersi hitam-emas ini juga kelihatan menawan dan klasik sepertimana pasukan dikenali selama ini.
📸 — FC Barcelona 2020/21 away kit. [via @Footy_Headlines] pic.twitter.com/6EMekAXiWP
— Barça Universal (@BarcaUniversal) April 8, 2020
Liverpool [Away]
Penulis tak suka Liverpool. Tapi kita jangan bias. Bagaimana lagi untuk penyokong Liverpool meraikan kejuaraan pertama di dalam tempoh 30 tahun jika tidak menampilkan unsur klasik yang menjadi tradisi kelab.
Ini bukan kali pertama Liverpool bereksperimen dengan tema warna sebegini. Namun sepanjang tempoh 30 tahun, ini mungkin yang terbaik.
🚨 LEAK | Liverpool’s 2020-21 turquoise kit for next season has been leaked. A better look at the kit with the World Champions Badge & the gold Premier League badge. [via: @theberry_jersey]
Thoughts? 😏 pic.twitter.com/cileYGC4dy
— LFC Transfer Room 🏆 (@LFCTransferRoom) June 24, 2020
RB Leipzig [Home]
Timo Werner nampaknya memilih untuk menyarung jersi warna ‘royal blue’ pada musim hadapan selepas mengesahkan perpindahannya ke Chelsea.
Tetapi penyerang Jerman ini sempat menjadi model jersi RB Leipzig untuk musim hadapan.
Seperti kebiasaan, mana-mana kelab tidak menampilkan banyak perubahan pada jersi Home masing-masing. Begitu juga dengan Leipzig.
Leipzig memilih untuk meletakkan gabungan corak garisan merah dan kuning di bawah lengan. Ia sudah memadai untuk piliha jersi Home.
Decked out in our new kits 🔥
🔴⚪ #DieRotenBullen #RBLBVB #Unchained ⛓️ pic.twitter.com/noIZpe3pE9
— RB Leipzig English (@RBLeipzig_EN) June 20, 2020
Yang jelek dan sakit mata
Arsenal [Away]
Paling jelek ialah jersi away Arsenal. Pertama kali melihat jersi ini, penulis teringat pula dengan pakaian Aina Abdul di AJL 34 yang berdarah dan mengundang kontroversi.
Jersi Arsenal ni lebih kurang samalah dengan pakaian Aina tu. Nak nampak kreatif, tapi sudahnya ke lain. Sorry fans Arsenal.
Arsenal away kit 2020/21.
What would you give it out of ten? pic.twitter.com/MKXAB467KX
— Patrick Timmons (@PatrickTimmons1) May 28, 2020
Borussia Dortmund [Home]
Penulis sukakan Erling Braut Haaland. Dia ni kira modern striker. Complete forward. Tapi bayangkan Haaland jadi Pikachu (yang ada elektrik tu)….hah. Electabuzz namanya tu.
Kelakarkan? Tak ganas langsung.
Is this Dortmund's new home kit?
Thomas Meunier is wearing the shirt in this accidentally leaked picture#BVB #Dortmund pic.twitter.com/HjzQreNv4i
— Classic Football Shirts (@classicshirts) June 26, 2020
Inter Milan [Home]
Apa jadilah dengan Inter ni. Kelab Serie A biasanya dikenali dengan jersi cantik dan kelihatan klasik.
Kenapa pula Inter ni keluarkan jersi bercorak zig zag macam jalan lurus yang ada lencongan.
Tahulah kena sponsor oleh jenama tayar, Pirelli. Tapi terlalu beria pulak nak bercorak lencongan.
Leaked image of what is strongly believed to be Inter Milan’s new home shirt for 2020/21 🔵⚫️🔵 pic.twitter.com/0fguVAivcw
— Polyester Heaven (@PolyesterHeaven) May 2, 2020
Tottenham Hotspur [Home]
Ada sebab nama panjang dua perkataan Tottenham Hotspurs juga dikenali sebagai Spurs.
Ia mewakili ‘simplicity’. Mudah, pendek.
Jersi Spurs sebelum ini juga begitu. Simple, menarik, menawan.
Kali ini identiti tu macam hilang.
LEAKED: The reportedly leaked design for the 2020/21 Tottenham Hotspur home shirt from Nike. #THFC pic.twitter.com/9Ift5Pp9XS
— Talking THFC (@TalkingTHFC) February 17, 2020
Rumusan
Itu sahajalah setakat ini dulu. Mungkin ada yang tertanya-tanya, mana jersi Man United.
Penulis tak nak biased. Kang aku cakap jersi Man United paling power di dunia, pun ada tak puas hati kan.
Biar korang sendiri yang nilai.