Perlawanan di antara JDT dan Selangor FC di saingan Liga Super Malaysia (MSL) pada malam tadi berakhir dengan kemenangan 5-1 kepada pasukan tuan rumah.
Beraksi di hadapan lebih 30,000 penyokong sendiri, JDT langsung tidak memberikan peluang dan terus memberikan tekanan kepada barisan pemain Selangor sejak sepak mula.
Tidak perlu menunggu lama, JDT menjaringkan gol pembukaan perlawanan seawal minit ke-3 melalui rembatan deras Bergson da Silva dari luar kotak penalti yang langsung menewaskan Khairulazhan Khalid.
JDT VS SELANGOR HEAD TO HEAD RECORD
Get your tickets now! — https://t.co/xXmiDEMpEX#JDTvSEL#LigaSuper2022#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/L3BirjuMCu
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 24, 2022
Tekanan berterusan oleh skuad kendalian Benjamin Mora kemudiannya memaksa Quenting Cheng mengasari Fernando Forestieri pada minit ke-24 perlawanan.
Sepakan percuma yang diberikan pengadil susulan kekasaran tersebut kemudiannya disudahkan cantik ke bahagian near-post, menjadikan kedudukan 2-0.
Skuad Harimau Selatan terus garang selepas itu apabila terus melebarkan kedudukan melalui Leandro Velasquez.
Menyambut hantaran pendek daripada Afiq Fazail di luar kotak penal Selangor, Leandro merembat dengan kaki kiri ke penjuru kanan gawang untuk gol ketiga JDT.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialJohor 5-1 @selangorfc
JDT kembali ke puncak liga dengan kemenangan ini hasil jaringan Bergson da Silva (2 gol), Fernando Forestieri, Leandro Velazquez dan Mohamadou Sumareh.
Nor Hakim Hassan membalas untuk Selangor FC.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/0aSjTeSmRi
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) June 24, 2022
Babak kedua perlawanan JDT terus garang apabila menambah jaringan, sekali lagi melalui Bergson da Silva pada minit ke-54.
Tetapi kali ini kesialapan penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid jelas menjadi punca kerana tertolak bola ke gawang sendiri.
Malam derita Sang Gergasi dilengkapkan oleh tandukan Mohamadou Sumareh pada babak akhir perlawanan, selepas Selangor memperolehi gol sagu hati daripada Nor Hakim Hassan.
JDT boleh pesta gol
Lima gol yang dijaringkan JDT dalam perlawanan ini membuktikan ketajaman jentera serangan JDT dan kerapuhan benteng pertahanan Selangor.
Berdasarkan statistik dan data yang dikongsi oleh seorang penganalisis bebas, @chunhang7, JDT memiliki 20 percubaan yang memungkinkan jaringan dihasilkan.
JDT vs Selangor FC xG Plot via @FC_Python
yea.. the plot tells you the story of the game.
Nota: xG menunjukkan kemungkinan sesuatu pencubaan menjadi gol, atau qualiti percubaan pic.twitter.com/0YUvyL09oV
— chunhang 🇲🇾 (@chunhang7) June 24, 2022
Selangor pula memiliki lima kemungkinan, namun hanya satu sahaja dijaringkan melalui Nor Hakim Hassan.
Markah kemungkinan jaringan/ expected goal (xG) bagi JDT dalam perlawanan ini amat tinggi iaitu 1.78 xG. Selangor pula sekadar mencatat 0.35 xG.
Dalam erti kata lain, Selangor hanya memiliki keberangkalian sebanyak 35% untuk menghasilkan jaringan dalam perlawanan ini, manakala JDT memiliki keberangkalian lima kali ganda untuk menyudahkan percubaan yang mereka hasilkan dalam perlawanan ini.
Kesimpulan
Terdapat perlawanan di mana lawan tetap mampu memberikan saingan seimbang sehingga berjaya menampilkan data xG yang lebih kompetitif.
Namun data xG yang dihasilkan Selangor jelas menunjukkan mereka gagal memecah dominasi yang ditampilkan JDT dalam perlawanan ini.