Bintang WWE, Matt Hardy mengumumka pada awal pagi Khamis lalu bahawa isteri beliau, Reby Sky, telah selamat melahirkan cahaya mata baharu di dalam keluarga mereka.
Tidak ada apa yang boleh menyembunyikan perasaan istimewa seorang bapa dengan perkhabaran kelahiran seorang anak. Begitu juga dengan Hardy.
Backstage News Regarding the Future of Matt & Jeff Hardy in WWE https://t.co/V17FQhdjxp pic.twitter.com/nbwD72od9C
— WWE BLOG NAIJA (@wweblogng) December 2, 2019
Pada mulanya ramai peminat bintang WWE itu tertanya-tanya mengenai perkhabaran terkini isteri dan bayi beliau. Hardy akhirnya mengumumkan kelahiran tersebut melalui akaum media sosial Instagram milik beliau, untuk mengucapkan terima kasih, dan menyambut ucapan tahniah daripada semua pihak.
Di dalam sebuah gambar yang dikongsikan di Instagram, Hardy berkongsi gambar dirinya dan Reby mendukung bayi yang baru dilahirkan. Malah Hardy turut mengumumkan nama bayi lelaki tersebut ialah Bartholomew “Bartie” Kit Hardy.
Bartie adalah cahaya mata ketiga Matt Hardy dan isteri, Reby Sky. Dua lagi anak kedua-dua pasangan tersebut ialah Maxel (kini 4 tahun), dan Wolfgang (berusia 2 tahun).
Hardy turut memuat naik kenyataan yang cukup menyentuh hati peminatnya dengan kelahiran Bartie.
“Saya menjadi semakin gembira setiap kali keluarga ini menerima anggota baharu, dan kelahiran Bartie tidak terkecuali,” ujar beliau kepada Majalah People.
Photos: Matt Hardy and Reby Sky Announce They’re Expecting Their Third Childhttps://t.co/bBGJc2MrWO pic.twitter.com/j5FBqIdPoN
— WWE on ComicBook (@WWEonCB) June 18, 2019
“Saya amat teruja menyaksikan kelahiran anak lelaku saya di rumah, dan perasaan kasih sayang yang saya mahu tampilkan tidak boleh diungkap dengan kata-kata.
“Saya juga bangga dengan isteri saya, Reby kerana memilih melahirkan anak ini di rumah secara semula jadi. Reby adalah seorang pahlawan!” tambah beliau lagi.