Pemain pertahanan muda Arsenal , William Alain André Gabriel Saliba akan menyertai kelab Liga 1 Perancis , OGC Nice secara pinjaman sehingga akhir musim ini.
🗞 William Saliba has joined Ligue 1 side Nice on loan for the remainder of the season
— Arsenal (@Arsenal) January 4, 2021
Pertahanan tengah yang berusia 19 tahun itu yang telah ditandatangani oleh Unai Emery pada tahun 2019 yang lalu daripada kelab Saint-Etienne , Perancis tiada dalam perancangan pengurus Mikel Arteta buat masa ini serta pemain itu tidak pernah bermain untuk skuad senior dan hanya beraksi dalam skuad 23 tahun Arsenal sahaja.
Pada musim 2019/2020 William masih berada di kelab lamanya sebagai pemain pinjaman bagi mendapatkan pengalaman dan minit aksi yang banyak namun pada pandangan Mikel Arteta , pemain ini masih lagi belum bersedia untuk berada dalam skuad senior Arsenal pada musim ini.
William Saliba has left Arsenal to join Nice on loan until the end of the season.
He's still to make his debut for the first team since his deal was announced in the summer of 2019. pic.twitter.com/Q6DpMdcAed
— B/R Football (@brfootball) January 4, 2021
Pengarah Sukan Teknikal Arsenal Eduador Cesar memberitahu di laman web kelab , menyatakan William Saliba adalah pemain berbakat dan mempunyai potensi besar di masa depan dalam skuad Arsenal.
“Kami yakin dia akan mempunyai karier yang hebat dengan kami tetapi kami harus ingat bahawa dia masih berusia 19 tahun dan masih mempunyai masa untuk menyerlahkan potensinya.”
“William mengalami masa yang sangat mencabar tahun lalu, dengan tidak dapat banyak beraksi disebabkan kecederaan dan dan pandemik Covid-19 diawal dan penghujung musim Liga 1 Perancis.
“Jadi kami mencapai kata sepakat bersama dengan William, bahawa beliau akan bermain secara pinjaman dengan Nice sebagai langkah yang terbaik untuk bakatnya terus berkembang. Kami akan terus berhubungan dengan William selama masanya dengan Nice dan berharap dapat melihat kemajuan yang baik sehingga akhir musim. ”
Ketidakmampuan Saliba dalam pemikiran Arteta sangat berbeza dengan bekas rakan sepasukannya, Wesley Fofana, yang sahamnya terus meningkat bersama kelab barunya Leicester City . Fofana telah mendapat kesebelasan utama dan berganding bersama Jonny Evans duo pertahanan tengah untuk melonjakkan Foxes ke tiga teratas dalam EPL.
The Gunners masih berharap agar Saliba dapat berkembang menjadi seorang pemain yang berbakat besar, tetapi dengan perancangan terbaru pengurusan kelab itu akan sedikit sebanyak merencatkan sedikit perancangan pemain itu untuk berada dalam kesebelasan utama Arsenal.