Whats App Bocor Dedah Bruno Fernandes Pernah Bidas Rakan Sepasukan Tamakkan Duit

Satu rakaman suara Whats App yang bocor pernah mendedahkan bagaimana pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes tida pernah takut untuk membidas rakan sepasukan yang lain.

Fernandes pantas mencuri tumpuan ramai sebaik sahaja menyertai Manchester United dari Sporting Lisbon pada Januari lalu.

Pengurus pasukan Ole Gunnar Solksjaer turut memuji sikap kepimpinan yang dimiliki pemain ini, dan rekod suara Whats App yang bocor sebagaimana didedahkan oleh Daily Mail menunjukkan bagaimana personaliti pemain ini,

Fernandes yang merupakan kapten Sporting Lisbon sebelum menyertai United, boleh didengar membidas bekas rakan sepasukan di Lisbon kerana enggan beraksi dan hanya mahu mengejar wang.

Dilaporkan buat pertama kali oleh akhbar di Portugal, Record, intipati perbualan oleh Bruno Fernandes berbunyi:

“Bro, saya tidak bercakap apa-apa. Tetapi sejujurnya jika anda mahukan saya untuk berkata sesuatu, saya lebih memilih untuk berdiam diri.

“Saya berpendapat sikap sebahagian pemain di sini sangat buruk. Ia sebenarnya bukan sebahagian, ia adalah sikap yang tidak patut ada.

“Terdapat pemain dengan sikap yang tidak sepatutnya di sini bro. Mereka tidak mahu berada di sini, dan mereka tidak mahu bermain pun.

“Jika mereka memang tidak magu bermain, maka f*** off, biarlah mereka berkata mereka tidak mahu bermain. Mereka cuma mahu berada di sini selama seahun untuk mendapatkan wang.

“Kemudia  mereka f*** off bro, sikap S***, ”

Ketibaan Fernandes di Old Trafford telah membantu nasib United pada musim ini selepas skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer melalui 9 perlawanan tanpa kalah sejak ketibaan pemain antarabangsa Portugal ini.

Pemain berusia 25 tahun ini telah menjaringkan 3 gol dan meghasilkan 4 assist sejak bergelar pemain United.

Beliau turut berhadapan dan bersemuka dengan Pep Guardiola dalam insiden off the ball  ketika derbi Manchester dan berkata tidak menyesal dengan apa yang berlaku.

Dalam insiden tersebut, Fernandes mengarahkan Guardiola untuk diam selepas tidak senang dengan apa yang diperkatakan oleh jurulatih dari Sepanyol itu di tepi padang,

“Saya ada bercakap mengenai hal ini bersama beberapa sahabat. Ada orang berfikir seperti, ‘Pep telah menang segala-galanga, siapa pula Bruno untuk bersikap demikian kepada Pep?’

Apakah kejadian sebenar di sebalik insiden tersebut? Apa-apa pun tabik kepada Bruno! #Respect

Posted by Grandstand Kita on Thursday, 12 March 2020

“Tetapi sekarang saya berpendapat sekarang ia adalah mengenai rasa hormat, ketika berada di luar padang. Saya tidak rasa akan melakukannya lagi jika berada di padang sekarang.

“Pada ketika itu, ada perkataan yang beliau [Guardiola] katakan kepada saya membuatkan saya marah. Saya mungkin sedikit gemuruh, dan saya memang pemain jenis begitu.

“Saya mempunyai rasa hormat terhadap Pep dan apa yang telah beliau capai di dalam bola sepak, kerana beliau menukar sebahagian mentaliti,” kata Fernandes ketika menjelaskan perkara tersebut.

Fernandes dan rakan pasukan barunya di United kini berlatih bersendirian di rumah setelah perintah berkurun berikutan wabak coranavirus turut menyebabkan Pusat Latihan Carrington ditutup.

Kongsi artikel ini