‘Welcome To Estadio Darul Makmur’ – Kobe Jae Chong Sudah Lapor Diri Di Kuantan

Pemain berdarah kacukan, Kobe Jae Chong dipercayai sudah pun melaporkan diri bersama Sri Pahang FC dan didaftarkan sebagai anggota skuad Tok Gajah bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Tanggapan tersebut adalah berdasarkan perkongsian terkini pemain itu di laman Instagram yang berkongsi gambar Stadium Darul Makmur di IG Story dirinya.

Kobe Jae Chong dianggap sebagai salah seorang pemain kacukan berdarah Malaysia yang berpotensi menyarung jersi skuad kebangsaan Harimau Malaya pada masa akan datang.

Sebelum ini, pemain  itu telah menandatangani kontrak dengan kelab EFL Championship, Peterborough United FC.

Terdapat juga laporan yang mengatakan Kobe hadir ke Kuantan untuk menjadi pengganti kepada Azam Azih yang akan berhijrah menyertai JDT.

Perkhabaran Kobe bakal menyertai Sri Pahang sebenarnya bukan perkara baharu. Pada tahun lalu, Tengku Arif Bendahara didapati melakukan lawatan dan berjumpa dengan pemain kacukan Jamaica-Malaysia, Kobe Jae Chong sebelum pemain itu melakukan debut bersama pasukan barunya, Peterborough FC B-23.

Turut diserahkan kepada Kobe Jae Chong oleh Tengku Arif Bendahara ialah jersi Harimau Malaya yang tertera nama pemain itu.

Tengku Arif Bendahara turut memuat naik jersi Kobe Jae Chong bersama Peteborough yang ditandatangani pemain itu.

Latar belakang pemain tengah berusia 20 tahun itu yang turut pernah bersama Cagliari di Itali sebelum bersama Petersbrough. Beliau beraksi di Itali pada usia 15 sehingga 17 tahun, dan mempunyai latar belakang menarik.

Nama Kobe Chong sebelum ini disebut-sebut untuk beraksi bersama skuad bawah 23 tahun negara kendalian Brad Maloney bagi kempen Piala Asia B-23 di Uzbekistan namun urusan dokumentasi yang belum lengkap menjadikan impian kita semua mahu melihat aksi bekas pemain Peterborough FC itu tidak kesampaian.

Kongsi artikel ini