Wanita Besi Di Belakang Tabir Skuad Gajah Perang Bangkit Menjadi Pencabar Terkuat Piala AFF Suzuki 2020

Thailand menjadi pasukan pertama yang melangkah ke peringkat separuh akhir dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 apabila mendapat kemenangan bergaya ke atas Filippina pada malam tadi.

Kejayaan manis mereka juga turut mencatatkan sejarah apabila Teerasil Dangda diiktiraf sebagai Penjaring Gol Terbanyak Sepanjang Zaman Piala AFF Suzuki yang baru setelah memecahkan rekod bekas penyerang Singapura , Noh Alam Shah dengan jumlah 19 gol.

Teerasil Dangda membuktikan beliau seorang penyerang tulen yang masih lagi mampu menjaringkan gol walaupun kudratnya telah mencecah usia 33 tahun dan sentuhan dua gol beliau dalam perlawanan itu masih berbisa dan selayaknya menerima ‘Man of the match’.

Pasukan kendalian jurulatih baru daripada Brazil , Alexandré Pölking (Mano Polking) telah mencatatkan rekod bersih memenangi ketiga-tiga perlawanan di dalam kumpulan A.

Bagaimanapun , lawan terakhir mereka ialah pasukan Singapura yang turut layak ke separuh akhir dan kedua pasukan ini akan menentukan pasukan mana yang menjadi juara dan naib juara kumpulan A untuk menghitung pasukan yang akan bertemu dengan mereka di dalam kumpulan B peringkat separuh akhir.

Prestasi skuad kebangsaan Thailand menjadi perhatian kepada pasukan lawan di dalam kempen Piala Suzuki AFF 2020 pada kali ini termasuklah jurulatih Vietnam , Park Hang Seo yang menganggap pasukan itu sebagai pencabar kuat kepada skuadnya.

Dalam kelayakan Piala Asia 2022 dan kelayakan Piala Dunia 2023 , prestasi Thailand jatuh merundum semasa di bawah kendalian jurulatih yang berasal daripada Jepun , Akira Nishino.

Keputusan buruk itu menyaksikan Persatuan Bolasepak (FA) Thailand segera memecat jurulatih itu termasuk pengurus bolasepak kebangsaannya untuk memperbaiki prestasi skuad Gajah Perang kembali

Perlantikan Ahli Perniagaan ‘Madam Phang’ Sebagai Pengurus Skuad Thailand Baru.

FA Thailand memberikan sepenuh kepercayaan kepada Nualphan Lamsam untuk mencari pengganti Akira Nishino, yang dipecat sebagai jurulatih kebangsaan selepas pasukan itu gagal layak ke Piala Dunia Fifa 2022.

 

Ahli perniagaan yang terkaya dan masih cantik ini walaupun sudah menjangkau usia 55 tahun bukanlah seorang individu yang asing di dalam arena bolasepak Thailand. Beliau dikenali sebagai ‘Madam Pang’ in merupakan pengerusi Kelab Bola Sepak Port FC yang menduduki tempat ketiga musim lalu dalam Liga Thai 1.

Sebelum ini , Madam Pang juga merupakan bekas pengurus pasukan bola sepak kebangsaan wanita Thailand yang layak ke Piala Dunia Wanita Fifa 2015 dan Piala Dunia Wanita Fifa 2019.

Penyokong bolasepak Thailand menyedari keihklasan Madam Pang dalam kesungguhannya meningkatkan prestasi pasukan bolasepak wanita mereka. Ini terbukti beliau sanggup mengeluarkan duit sendiri membayar gaji pemain-pemainnya yang tiada kerja tetap supaya tidak menganggu fokus mereka dalam bolasepak tanpa perlu mencari kerja lain.

Dan terpahat dalam sejarah bolasepak wanita Thailand , mereka terbang tinggi layak ke pusingan akhir Piala Dunia Wanita FIFA dua kali berturut-turut tahun 2015 dan 2019.

Oleh itu portfolio beliau bukan calang-calang serta tidak boleh dipertikaikan lagi dan daripada situ ,  FA Thailand nampak kredibiliti Pengerusi Syarikat Life Insurance Muang Thai yang terbesar di negara Gajah Perang itu.

 

Selepas tersingkir daripada ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 , pasukan Thailand akan bersaing dalam Kejohanan AFF 2021 dan kelayakan Piala Asia AFC 2023. Sementara itu, pasukan bawah 23 tahun negara Thailand akan bersaing dalam kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2022.

Madam Pang segera mencari jurulatih interim dan beliau mencadangkan satu nama iaitu Alexandré Pölking mantan jurulatih kelab Ho Chi Minh City Vietnam yang mempunyai darah kacukan Brazil – German.

Jurulatih yang dikenali sebagai ‘Mano Polking’ ini bukanlah individu yang asing dalam kancah bola sepak Thailand hampir 10 tahun yang lalu. Beliau pernah menjadi pembantu jurulatih , kemudian diangkat menjadi ketua jurulatih di tiga kelab berbeza termasok Bangkok United (2014-2020) sebelum berkelana ke kelab yang berpengkalan di Vietnam selama semusim sahaja.

Nualphan mengakui Polking mungkin bukan pilihan terbaik tetapi paling sesuai dalam situasi sekarang. Dengan Piala Suzuki hanya dua bulan lagi, Nualphan berkata Polking adalah satu perlantikan yang sesuai.

Thailand manager Nualphan Lamsam, left, and coach Mano Polking.

“Hanya dua bulan untuk membuat persiapan untuk Piala AFF Suzuki, kami mahukan jurulatih yang memahami bola sepak Thailand dan mengenali pemain Thailand,” kata Nualphan. “Kami yakin dengan pengalamannya Mano akan membawa kejayaan kepada pasukan kebangsaan.”

Rumusan

Perlantikan Madam Pang adalah keputusan yang tepat. Begitu juga dengan pemain yang dihimpunkan dengan acuan pemain generasi emas seperti Teerasil Dangda dan pemain muda yang berbakat serta yang bermain di liga luar Thailand.

Perjalanan Thailand di dalam kempen Piala Suzuki ini berjalan dengan lancar. Datang ke Singapura untuk merampas kembali gelaran juara Piala AFF Suzuki edisi ke 11 daripada Vietnam.

Pengurus itu juga berjanji akan memberikan bonus 20 juta bhat dengan mengeluarkan duit poketnya sendiri , sekiranya Thailand membawa pulang piala AFF itu buat kali ke enam.

“Matlamat pemain adalah untuk memenangi gelaran untuk diri mereka sendiri dan semua warga Thailand. Selain daripada AS$300,000 atau kira-kira 10 juta baht daripada AFF [Persekutuan Bola Sepak Asean], saya akan memberi mereka 20 juta baht jika mereka memenangi gelaran.”

Dengan 30 pemain, masing-masing akan mendapat kira-kira satu juta baht jika mereka pulang dengan kejuaraan trofi yang kali terakhir dimenangi pada 2016.

“Ia satu penghormatan untuk bermain untuk pasukan kebangsaan Thailand. Tetapi ia akan menjadi penghormatan yang lebih besar jika anda membantu pasukan memenangi kejuaraan,” kata Nualphan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email