Walaupun Ada Ikatan Keluarga Marcus Thuram Mahu Melangkah Keluar Dari Bayangan Ayahnya

Lilian Thuram adalah legenda bola sepak Perancis tetapi anaknya Marcus telah mendapat peluang yang sebenarnya untuk mencatatkan legasi sendiri dengan Les Bleus tanpa bayangan ayahnya.

Walaupun Marcus Thuram adalah anak kepada Juara Piala Dunia tahun 1998 Lilian Thuram bekas pertahanan Perancis tetapi tidak ada keraguan bahawa dia layak membuat debut yang pertama mewakili negaranya pada minggu hadapan dengan memperolehi cap antarabangsa yang pertama.

Skuad Didier Deschamps akan bertemu dengan Portugal dan Sweden dalam UEFA Nation League namun pemain Borussia Monchengladbach kemungkinan akan membuat penampilan pertamanya untuk Les Bleus pada perlawanan persahabatan dengan Finland pada hari Khamis jam 4.00 pagi (waktu Malaysia)

Marcus Thuram baru berusia setahun ketika ayahnya Lilian menjadi wira untuk Perancis tetapi tidak untuk penyokong negara Croatia yang paling dibenci dalam separuh akhir Piala Dunia kerana dua gol Lilian telah menyingkirkan Croatia 2 -1 untuk melayakkan Perancis ke perlawanan akhir.

Jurulatih Les Blues Didier Deschamps yang juga merupakan bekas rakan sepasukan Lilian Thuram dalam skuad 1998  mengambil keputusan membawa Marcus ke dalam skuadnya sebagai pemain antarabangsa penuh pada usia 23 tahun.

“Pujian diberikan kepada Marcus. Dia membawa dirinya ke tahap yang tinggi dengan kelab.” kata Deschamps kepada wartawan. ”

“Dia memiliki kemampuan untuk membuat kejutan dalam gaya permainannya dengan kekuatan serta kepantasan yang dimiliki dan dia boleh menjaringkan gol dalam kejohanan besar.”

Robert Pires yang memenangi Piala Euro 2000 berkata , Marcus terpilih mewakili Perancis bukan kerana ayahnya tetapi di atas kemampuan dan bakat yang dia ada.

“Saya ingat Lilian sangat melindungi dirinya dan enggan terlalu banyak mendedahkannya. Suatu hari , dia memberitahu saya , “Saya harap Marcus lebih baik dari segi teknikal daripada saya dan saya katakan kepadanya bahawa itu tidak akan sukar.”

Kongsi artikel ini