Pertahanan termahal dunia Liverpool , Virgil van Dijk telah kembali ke pusat latihan AXA Training Centre di Kirkby untuk menjalani latihan pemulihan ringan pada hari semalam. AXA Training Centre merupakan pusat latihan baru untuk pemain Liverpool yang mempunyai kemudahan dan fasiliti yang serba moden dan canggih.
Beliau memuatnaik gambar-gambar di laman Twitter miliknya semasa menjalani rehabilitasi yang dipantau oleh pakar fisioterapi kelab Liverpool , Ritchie Partridge. Perkongsian gambar itu membuatkan para penyokong The Reds berasa terkejut namun amat gembira dengan keadaan pemain itu yang kembali pulih.
Working harder than ever.. pic.twitter.com/ooh7kOSxnn
— Virgil van Dijk (@VirgilvDijk) December 4, 2020
Virgil van Dijk cedera ligamen lutut setelah berlaga dengan Jordan Pickford , penjaga gol Everton pada Oktober yang lalu ketika seri 2-2 dalam saingan tetangga Merseyside.
Pemain itu terpaksa melakukan pembedahan segera di sebalik laporan mengatakan pemain Belanda itu boleh terlepas keseluruhan musim.
Dalam kenyataanya sebelum ini Virgil van Dijk tekad kembali dengan lebih baik, lebih cergas dan kuat selepas pulih pembedahan lutut nanti.
— Virgil van Dijk (@VirgilvDijk) October 18, 2020
Kini beliau telah mengotakan janji kepada peminat-peminatnya. Bagaimapun buat masa ini pemain tersebut cuma menjalani latihan fisioterapi ke atas lututnya dan memulihkan kecergasannya.
Seluruh peminatnya mendoakan pemain The Reds ini kembali cergas dan pulih dan membantu Jurgen Klopp dan rakan-rakannya mempertahankan mahkota kejuaraan Liga Premier Inggeris untuk musin 2020/2021.
He’s going to be the fastest every recovery from ACL isn’t he? Rather that 6-12 months he’s aiming to be back in January👍🏻- he’s like The Terminator!
— ed watling* (@EdWatling) December 4, 2020
Buat masa ini Liverpool berada di tangga kedua dan berkongsi mata dengan Totthenham Hotspur.