Vidic Kongsi Kisah Perseteruan Dengan Fernando Torres Ketika Era Di Premier League

Sukar untuk kita menafikan Nemanja Vidic sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik yang pernah beraksi di Premier League.

Vidic digandingkan bersama Rio Ferdinand oleh Sir Alex Ferguson pada era itu, dan kedua-duanya tampil sebagai salah satu pasangan center back terbaik pernah bola sepak saksikan.

Namun di dalam ramai-ramai pemain penyerang, ramai yang sentiasa menggariskan Fernando Torres sebagai pemain penyerang yang sentiasa memberi masalah kepada bekas pemain Serbia itu.

Dalam perlawanan derbi Liverpool – Manchester United, bekas pemain pertahanan Red Star Belgrade dan Spartak Moscow itu kerap kali seperti gagal mengawal atau membaca pemain dengan jolokan El Nino.

Perkara itu tidak dinafikan oleh Vidic. Akhirnya selepas beberapa tahun persetruan kedua-dua pemain itu mewarnai kancah saingan Premier League, Vidic tampil menjelaskan mengapa Torres sentiasa memberikan masalah kepada beliau.

“Torres adalah pemain yang sangat istimewa. Pada ketika itu, beliau mungkin adalah penyerang terbaik di Premier League. Beliau berjaya membolosi gawang United dalam kebanyakkan perlawanan,” kata Vidic.

“Di Premier League adakalanya saya melalui perlawanan yang baik ketika berhadpan pemain seperti Didier Drogba. Adakalanya tidak.

“Begitu juga ketika menentang Torres dalam satu perlawanan, adakalanya akan ada perlawanan yang buruk. Demikianlah Premier League.

“Kerana itulah saya paling sukakan Premier League. Anda beraksi baik menentang Drogba, selepas itu anda akan berhadapan dengam Torres dan kemudian [Sergio] Aguero.

Jika orang melihat saya secara berhadapan, mereka akan berkata, ‘Saya ingatkan anda mempunyai susuk lebih besa!’ Saya tidak pernah besar, tetapi saya memberikan segala-galanya ketika bersaing.

“Saya juga sukar untuk menjadikan diri lebih besar [secara fizikal] kerana saya juga tahu perlu berhadapan dengan pemain seperti Torres dan Aguero.

“Ini menyebabkan saya jarang berada di gym kerana anda perlu berhadapan dengan pemain penyerang [berlainan sifat] sebegini.”

Vidic beraksi bersma United di antara 2006 sehingga 2014 dan tampil dalam lebih 200 perlawanan. Beliau kemudiannya berhijrah ke Inter Milan pada 2014, dan bersara dua musim kemudian.

Apa pun alasan Vidic, beliau akui El Nino adalah salah seorang penyerang terbaik beliau pernah hadapi di Premier League, dan kita pula merindui persetruan sebegitu.

Kongsi artikel ini