VIDEO:Analisis Perlawanan & Perkara Sebenar Di Sebalik Buku Menu Mason Greenwood

Pertama sekali minta maaf sebab lambat betul nak menulis. Seharian semalam sibuk. Ingat nak update pasal buku menu Mason Greenwood semalam, tapi apakan daya. Kerja hakiki harus diutamakan.

Baiklah. Manchester United seri 1-1 menentang Everton pada hujung minggu lalu. Satu lagi keputusan mengecewakan buat penyokong United, namun seperti pernah saya katakan sebelum ini pasti akan ada masa up and down sepanjang musim ini.

Secara keseluruhan, Manchester United bermain dengan baik. Di bahagian pertahanan, United solid. Aaron Wan Bissaka, Harry Maguire, dan Luke Shaw best performer. 67% possesion untuk United. 37% untuk Everton.

Victor Lindeloff so-so. Ada beberapa miss tackle bahaya pemain ini lakukan. Tetapi tak boleh salahkan Lindeloff untuk gol sendiri itu.

Dalam situasi tersebut, David de Gea sepatutnya beraksi lebih baik. De Gea mungkin mempunyai refleks yang baik dalam situasi satu lawan satu, atau ketika bola percubaan yang terus pada beliau. Ini kerana positioning De Gea antara yang terbaik di EPL.

Tapi dalam duel yang melibatkan fizikal, De Gea adalah penjaga gol yang memerlukan ekstra ‘protection’. Fizikal bukan kelebihan pemain ini.

Perlawanan hujung minggu lalu juga mengingatkan aku tentang bola sepak 90an. Era Liga Perdana Inggeris baru bermula. Dengan kata lain, klasik football.

Everton di bawah pengendali interim, Duncan Ferguson beraksi 4-4-2. United memulakan perlawanan dengan 4-2-3-1. Tetapi ketika perlawanan semakin rancak, United punya shape sebenarnya berubah menjadi 4-4-2. Rashford-Lingard first half, kemudian Martial-Rashford second half.

Selepas menang menentang Spurs dan City, dua team yang lebih open dalam game play, seperti dijangka United akan menghadapi kesukaran lawan Everton.

Everton bukan sahaja menjanjikan duel fizikal yang keras di kalangan pemain. Struktur ‘two banks of four’ Everton turut menyukarkan gerakan serangan. Apatah lagi apabila United tidak memiliki seorang No.10 atau attacking midfielder yang kreatif.

Dalam kes ini, Lingard lah. Dia pegang peranan tu. Ada masa Lingard bijak attacking spaces atau ‘pocket’, tetapi final pass di bahagian akhir serangan come to nothing. Lingard ni dari dulu juga ada isu finishing.

Paling mengecewakan ialah Martial. Pada mulanya bermain di sayap kiri, than sebagai penyerang. Work rate hancur. Tak tau kenapa.

Kesudahannya, United bergantung hanya kepada Daniel James dari kanan, dan Luke Shaw dari kiri untuk lakukan gerakan ke hadapan.

Sebelum selidiki cara Everton bermain, kita kenal dulu Duncan Ferguson. Siapa follow EPL sejak era 90an (zaman fans Liverpool tak semeriah hari ini), pasti masak dengan cara Ferguson.

Dia adalah No.9. Seorang target man. Lasak, fizikal, miliki kesungguah tinggi dan no nonsense macam Roy Keane. Bezanya dia penyerang. Keane midfielder. Itulah karakter Ferguson, Scottish breed memang biasa begitu. Jiwa Bravehart!

Itulah yang ditampilkan di dalam aksi Everton ketika menewaskan Chelsea sebelum seri menentang United. Everton jadi big game team. Kalau terus kekal begini, Everton boleh jadi kuda hitam untuk separuh musim kedua selepas ini – terutama untuk pasukan yang merebut tempat ke Champions League.

Everton menampilkan bola sepak yang direka berdasarkan disiplin Ferguson. Fokus, disiplin, keras. Mereka menunggu momen terbaik untuk menyerang. Or else, Everton akan selesa bertahan.

Itulah ideanya, dan Everton berjaya implementasi idea Ferguson dengan baik. Ketika melakukan serangan pula, Everton banyak guna wide players. Mereka ada kualiti di bahagian ini.

United nak tak nak pun kena ubah shape ketika permainan untuk neitralized ancaman Everton secara one-to-one. Pun Solksjaer berjaya lakukan. Satu-satu kegagalan United dalam perlawanan ini ialah untuk menjaringkan gol.

Sehinggalah Mason Greenwood dimasukkan. Boom! Golll!!!! Dengan mudah Greenwood tunjuk cara jaringkan gol kepada Martial dan Rashford.

Pasti ada yang tertanya-tanya apa benda buku menu yang dibelek-belek oleh Greenwood sebelum masuk padang? Buku menu kedai Tom Yam ke? Nak order sup gearbox? Tomyam Campur?

Bukan. Itu tactical book namanya. Kebiasaannya tactical book disediakan oleh pembantu jurulatih (Michael Carrick atau Kiean McKenna atau McPhelan).

Tactical book biasanya dihasilkan berdasarkan kajian atau kes study sebelum perlawanan terhadap lawan oleh coaching team. Buku sebegitu biasanya bukan manager yang sediakan, tetapi assistant depa.

So, assistant depa yang pakar pasal buku itu. Ia mengenai peranan setiap individu secara taktikal. Part of in-game management. Manager hanya sediakan tactical secara keseluruhan pasukan, corak permainaan, formasi, dan sebagainya.

Ketika buku itu dipassing kepada Greenwood, McKenna atau Carrick sebenarnya dah bagitau Greenwood mana satu peranan yang beliau harus ikiut.

Tapi Greenwood maybe tengah mamai, atau tengah sibuk pakai kelengkapan nak masuk, dia missed. Saat dia nak belek buku taktikal tersebut, assistang manager dah di bawah bagi arahan kepada pemain di dalam padang.

Tinggal Solksjaer yang tak tau apa-apa pasal details. Sebab tu Greenwood terkial-kial tecari-cari mana satu peranan taktikal yang harus beliau mainkan. Dah macam budak universiti study last minit nak ambik paper.

Tapi benda tepi padang tu tak penting. Paling penting, Greenwood berjaya jaringkan gol yang United tunggu-tunggu.

Kesimpulannya, Greenwood jumpa muka surat yang dia patut jumpa, dan United tak kalah. 5 game tak terkalah. Not enough, tapi ok pada aku.

Next, ialah jadual yang sibuk menjelang Krismas. United do well, maka peluang ke Champions League akan ada.

Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa klik Like pada page Grandstand Kita, dan sebarkan.

 

 

Kongsi artikel ini