[VIDEO]: Tindakan Jurulatih Bola Tampar Wanita Melaka Tampar Pemain Dikecam

Tindakan seorang jurulatih menampar dua pemain bola tampar wanita di hadapan pemain-pemain lain di tempat terbuka dikecam pelbagai pihak pada hari ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 (B-14) Malaysia 2022 di Johor pada 16 Disember lalu. Video insiden tersebut turut mulai tular di media sosial.

Kejadian tersebut dipercayai belaku ketika perlawanan tempat ketiga dan keempat bagi kategori wanita menyaksikan Melaka menentang Johor di SJK (C) Pei Hwa.

Insiden tersebut disiarkan secara siaran langsung melalui penstriman di Facebook dan kini telah mendapat pelbagai reaksi daripada ramai pengguna media sosial.

Walaupun tidak memberikan reaksi balas, dua altet muda yang ditampar dan rakan sepasukan yang lain seolah-olah tergamam dengan tindakan jurulatih tersebut.

Persoalannya, adakah ia sudah menjadi kebiasaan bagi jurulatih tersebut bertindak sedemikian rupa?

Insiden tersebut kini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai salah.

“Ini sangat salah. Saya telah bercakap dengan Fadhlina Sidek (Menteri di Kementerian Pendidikan Malaysia) dansama-sama akan mendapatkan infoemasi mengenai insiden ini,” ujar beliau dalam satu ciapan pada hari ini.

Lebih mengejutkan, bekas Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu turut berkata insiden seumpama itu sepertinya sudah menjadi kebiasaan di dalam bidang sukan terutama di peringkat akar umbi.

Sekiranya benar, maka ia adalah satu dakwaan yang mengejutkan dan tidak sepatutnya berlaku.

 

Jurulatih tak ada otak. Layan atlet umur 14 tahun macam ni. Kejadian dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.

Perlawanan penentuan tempat ketiga itu membabitkan pasukan Melaka menentang Johor di sebuah sekolah di Johor.

Posted by Team CYTOP on Sunday, January 1, 2023

Dalam perlawanan tersebut Johor tetap memenangi perlawanan walaupun diberikan tentangan sengit oleh pasukan Melaka.

Ia mungkin hanya satu perlawanan yang baik untuk pembangunan pemain muda jika tidak kerana insiden tersebut.

Walau apa pun yang berlaku ketika perlawanan, seseorang jurulatih tidak sepatutnya bertindak demikian kepada pemainnya.

Selain daripada melangga maksud sebenar pembangunan sukan, perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai ganas yang boleh menjadi satu bentuk jenayah.

Apatah lagi apabila pemain itu berada di bawah umur dan melibatkan gadis berusia 14 tahun.

Kongsi artikel ini