Video: Tengok Chest Set Up Abraham Dibedil Mason Mount Dengan Voli

Mason Mount memang nama yang sedang meningkat naik di arena bola sepak hari ini. Pemain muda itu cepat naik namanya di bawah Frank Lampard.

Mount kini merupakan pemain skuad senior pasukan England. Dalam aksi di antara Chelsea dan Aston Villa, Mason Mount melakukan voli yang tak boleh diselamatkan.

Paling menarik, gol itu juga merupakan gol liga ke-1,8000 dalam sejarah pasukan Chelsea. Pasukan keempat mencecah angka tersebut selepas Man Utd, Arsenal & Liverpool.

Gol itu juga telah menjulang Chelsea berada di tempat ke-4 dalam usaha mereka mahu mara ke UCL pada musim hadapan.

Ianya bermula daripada Willian yang menghantar bola ke dalam kotak penalti. Tammy Abraham dengan tenang melakukan chest set up kepada Mason Mount.

Mount yang melihat bola secantik itu membuka langkah dan melakukan contact dengan bola sebaik mungkin untuk voli.

Voli itu menerjah gawang Aston Villa.

Ia memang gol yang sangat cantik dan mempersonakan.

Chelsea terlebih dahulu mendahului pasukan lawan menerusi gol Tammy Abraham pada minit ke-24.

Namun ianya dibalas oleh Trezeguet sebelum rehat. Bersambung babak kedua, hanya 3 minit sahaja, Mount melakukan wonder volley itu.

Mount kini menjadi penjaring kedua terbanyak dalam kempen Chelsea musim ini.

Apa pandangan korang semua? Merecik kan?

Oh ya, semalam juga menandakan kepulangan dan lawatan oleh Kapten, Pemimpin, Legenda Chelsea iaitu John Terry yang menjadi sebahagian daripada kejurulatihan Aston Villa.

Kongsi artikel ini