VIDEO: Telatah Wartawan Astro Arena Di Manila Cuit Hati Penonton

Bergelar seorang wartawan bukanlah perkara mudah seperti yang disangka ramai pihak. Ia memerlukan minat mendalam selain daripada pelbagai pengorbanan.

Adakalanya anda harus sanggup berjauhan dari keluarga untuk tempoh yang lama demi tugas dan amanah untuk menyampaikan berita terkini dari segenap dimensi. Adakalanya anda dikritik kerana tugasan – apatah lagi pada era media sosial.

Hentaman lebih mudah tiba berbanding kata dorongan. Apa yang penting, seorang wartawan harus bijak menangani karenah di media sosial, atau kritikan langsung yang diterimanya untuk dijadikan peransang dan motivasi diri untuk memperbaiki kelemahan dan pergi lebih jauh.

Namun bak kata orang, kalau dah minat, semua boleh jadi.

Cabang kewartawanan juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah sebagai penulis, penyampai berita, jurukamera dan macam-macam lagi.

Sama ada di dalam industri media elektronik, digital atau pun media cetak, jika anda terlibat secara langsung di dalam penyampaian maklumat kepada penerima berita, maka anda boleh digelar sebagai ‘orang media’

Di Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Manila, Filipina pada kali ini kami yakin anda memilih ASTRO ARENA sebagai siaran utama untuk mendapatkan maklumat.

Bagi penulis, kesungguhan penyampai-penyampai di Astro Arena amat ‘first class’, bersahaja, bersemangat, jujur dan ikhlas dalam penyampaian mereka.

Haji Zainal Abidin Rawop misalnya adalah seorang pengulas dan penyampai sukan pelbagai disiplin. Perdengarkan kaedah penyampaian beliau. Ia penuh berinformasi dengan rekod-rekod lalu.

Seperti kita, beliau juga tidak menyembunyikan emosi apabila atlet negara mencapai kejayaan apabila sehingga seperti hilang suara setelah pelari pecut negara, Haiqal Hanafi merangkul emas.

Begitu juga dengan peyampai lain di Arena. Adam Zamri dengan wajah bersahaja dan yakin sering kali mencuit hati penonton dengan jawapannya.

Di atas adalah reaksi spontan Adam Zamri ketika diusik Azlan Mubin dan Jun Yong. Ada banyak lagi kisah Zamri di Filipina. Anatara ialah apabila beliau dilamar di media sosial, dan digelar wartawan viral di Filipina

Siap ada nasihat tu.

Muiz Azli juga ‘sporting’ jadi model ubat gigi secara percuma ketika diminta oleh Hafizal Hamad dan Akhbar Saari.

Ini pula apabila payung Fina Nasrom yang diterbangkan angin akibat Taufan Tisoy yang melanda Filipina baru-baru ini.

Ada banyak lagi video-video mencuit hati wartawan Astro Arena. Anda boleh mengikuti channel You Tube Astro Arena untuk menyaksikan video-video tersebut.

Buat wartawan-wartawan yang bertugas sepanjang Sukan SEA di Manila pada kali ini, selamat bertugas dan terima kasih kami ucapkan.

Anda semua juga adalah wira negara!

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email