[VIDEO]: Teknik Sepak Punggung Fisio Korea Lawan Perak FC Tarik Perhatian Troll Football

Troll Football adalah salah sebuah laman sosial yang sentiasa memaparkan video berunsur jenaka dan aneh yang berlaku di dalam dunia bola sepak.

Perkongsian oleh Troll Football menyebabkan peminat bola sepak di seluruh dunia tidak kering gusi untuk kandungan bola sepak yang lebih santai dan bertujuan untuk seronok-seronok.

Walaupun namanya ‘Troll’ ia tidak membawa maksud ‘menhina’ atau banter yang keterlaluan seperti yang sering dilakukan sebahagian lain penyokong bola sepak.

Pada hari ini Troll Football memiliki 1.9 juta pengikut dari seluruh dunia. Walaupun ia adalah laman dan media bola sepak untuk tujuan santai dan berseronok, ia tetap tidak sesuai bagi golongan yang cepat terasa/koyak, atau mereka yang tidak pandai menikmati bola sepak dari sisi lain.

Perak FC vs KCC

Terbaru sebuah video melibatkan perlawanan di antara Perak FC dan Christian Seoul University telah tular di laman Troll Football.

Video tersebut memaparkan pemain KCC telah mengalami kecederaan. Seorang anggota perubatan atau fisioterapi kemudiannya masuk untuk memeriksa keadaan pemain.

Anehnya, fisio tersebut tidak membawa sebarang peralatan perubatan melainkan sebotol air mineral.

Setelah menuang air ke atas kepala pemain yang tercedera, fisio tersebut kemudian menendang punggung pemain tersebut.

Jelas ia adalah teknik rawatan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di dalam dunia bola sepak. Soalan yang lebih serius pula, adakah lelaki itu benar-benar seorang fisio yang berkelayakan?

Perak FC tambah keyakinan

Perlawnanan persahabatan menentang KCC yang berlangsung pada malam tadi di Ipoh itu adalah sebahagian daripada siri perlawanan persahabatan yang diadakan oleh Perak FC menjelang bersambungnya babak kedua Liga Premier, selepas berehat panjang.

Dalam perlawanan tersebut, Perak berjaya mengatasi KCC dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Syamim Yahya pada minit ke-65 perlawanan.

Sering bergelut dengan isu masalah gaji dan pentadbiran sejak pada musim lalu, Perak FC kini telah diambil alih oleh XOX Pro Sport, anak syarikat milik syarikat telekomunikasi, XOX Berhad.

Tiga pemain import turut diuji dalam perlawanan tersebut iaitu Stipe Plazibat dari Croatia, Luciano Guaycochea dari Argentina dan Sunday Kolawole Afolabi dari Nigeria.

Kongsi artikel ini