Muhammad Shukor Adan atau lebih dikenali sebagai Shukor Adan menjadi perhatian oleh rakyat Malaysia ketika beliau menjadi pengulas semasa perlawanan diantara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Berganding dengan dua orang pengulas sukan Astro Arena yang masyur , Hafizal Ahmad atau lebih dikenali sebagai Paklong dan seorang lagi bekas pemain bola sepak kebangsaan Nidzam Jamil , ulasan-ulasan beliau mengenai Harimau Malaya dan UAE dalam perlawanan berkenaan sampai dan diterima baik oleh penonton-penonton bola sepak Malaysia.
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 3, 2021
Ulasan-ulasan Shukor Adan turut mendapat perhatian daripada bekas jurulatih kebangsaan Malaysia Datuk K. Rajagopal yang turut memuji kredibiliti pemain kelab Kuala Lumpur ini dalam memberikan komen yang jujur , tidak bias dan lebih ramai bersetuju dengan pandangannya.
Impressed with Shukor Adnan the way he commented about the match. His observations and insights. Great job Shukor. https://t.co/NQ63GUmV3t
— K.Rajagobal (RG) (@RajagobalRg) June 4, 2021
Wartawan media sukan seperti T. Avineshwaran turut memuji pengetahuan beliau dan gaya sebagai seorang pengulas sukan yang bersahaja yang ditampilkan olehnya.
I love Shukor Adan’s knowledge and punditry. He is natural and always makes sense. His explanation about the midfield trio is spot on. #UAEMAS #WCQ2022 #ACQ2023
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 3, 2021
Ramai penyokong bola sepak suka dengan gaya penyampaian Shukor Adan dan mereka mahukan beliau dikekalkan sebagai pengulas bagi perlawanan Malaysia yang akan berhadapan dengan Vietnam dan Thailand selepas ini.
The only highlight of this match is…. how good is Shukor Adan as a pundit.
Spot on, great insight… make you understand what football really is from player’s perspective.
— -Hey HM- 🇲🇾 (@HanifMiswan17) June 3, 2021
— Hafizal Hamad (@hafizal_hamad) June 4, 2021
Mmg terbaik Shukor Adan punya ulasan, sedap dengar sbb dia ex player yg pernah bermain dgn national team berlainan generasi https://t.co/pNJtEsrYGD
— Ramos (@juwaidi_92) June 4, 2021
Kekal kan shukor adan !!! @ASTROARENA
— fíkh ni (@muhdfikhri_) June 3, 2021
Ringkasan Biodata Shukor Adan
Anak jati Melaka yang dilahirkan pada 24 September 1979 telah mendambakan hidupnya dalam kancah bola sepak pada umur 16 tahun ketika mendapat panggilan pertamanya mewakili Melaka dalam Piala Presiden pada tahun 1995.
Karier di Liga Malaysia
Shukor Adan mewakili pelbagai pasukan liga tempatan. Pasukan Negeri Sembilan merupakan pasukan pertamanya di peringkat senior pada tahun 2000 setelah tiga tahun berada di pasukan Piala Presiden negeri berkenaan.
Pada tahun 2002 , Selangor menawarkan kontrak kepadanya. Enggan menoleh belakang , beliau menjadi pemain Gergasi merah sehingga tahun 2008. Semasa di Selangor , beliau telah menjulang Piala Sumbangsih , Juara Liga Malaysia , Piala FA dan Piala Malaysia.
Pernah memakai lilitan lengan kepten Gergasi Merah, beliau turut memperkuatkan jentera tengah dan barisan pertahanan Selangor serta menjadi watak utama dalam menjulang kejuaraan trebel pada musim 2005.
Sosok misteri siapakah ini?#RedGiants#KitaAdalahSatu pic.twitter.com/ffaG1nzX3d
— Selangor FC (@selangorfc) July 13, 2020
Setelah Red Giants tidak menawarkan kontrak baharu kepadanya lagi , Shukor Adan membuat kejutan apabila berkelana ke kelab DPMM Brunei pada tahun 2009 yang bermain di Liga Malaysia sewaktu itu. Bagaimanapun Shukor Adan menamatkan kontraknya dengan pasukan yang berpengkalan di Brunei itu dan kembali buat kali ke-2 ke Negeri Sembilan.
Hasilnya Shukor Adan telah membantu Negeri Sembilan memenangi Piala Malaysia pada tahun 2009 dengan menewaskan Kelantan 3-1 sewaktu itu.
sumber gambar : Pusat sumber URESS
Pada tahun 2013 sehinggalah 2019 , Shukor Adan telah menyertai beberapa pasukan yang memerlukan khidmat sumbangannya seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , Felda United FC dan Melaka United.
Di Melaka United , Shukor Adan dapat bermain bersama dengan bekas kapten pasukan mereka sebelum ini. Antaranya ialah , Razman Roslan dari Selangor FA dan Shafiq Rahim dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT)
Individu yang berusia 42 tahun ini masih lagi terus mengerah kudratnya mewakili kelab Kuala Lumpur City FC pada musim ini dan kemungkinan akan memecahkan rekod mendiang V. Murugan sebagai pemain paling veteran bermain dalam saingan kompetetif di dalam liga Malaysia.
Shukor Adan Hampiri Rekod V.Murugan – Vocket FC
Karier antarabangsa
Shukor Adan mempunyai cap sebagai pemain kebangsaan sebanyak 51 kali dan menjaringkan empat gol dalam skuad kebangsaan dari tahun 2001 sehingga 2014. Kali terakhir mewakili Harimau Malaya pada tahun 2014 dalam edisi kejohan Piala AFF Suzuki dan terpaksa berpuas hati sebagai naib johan setelah ditewaskan oleh Thailand.
Lagenda Midfielder Malaysia Terulung
Posisi asal Shukor Adan bermula sebagai central midfielder. Selepas meniti usia 30-an , beliau diberikan peranan baru sebagai defensive midfielder dan sekarang beliau menjadi benteng akhir sebagai bek tengah untuk pasukan barunya.
Pada awal Mei yang lalu , Shukor Adan telah menjaringkan gol buat pasukan kelabnya untuk seri dengan pasukan UiTM dalam Liga Super Malaysia.
Gol ‘Hand of God’ Shukor Adan 😱😱😱 pic.twitter.com/YOM1PXZMGY
— VOCKET FC (@vocketfc) May 8, 2021
Gol itu mencetuskan kontroversi apabila Shukor Adan menggunakan penumbuk semasa beliau cuba menanduk bola itu ke arah pintu gawang gol UiTM. Gol yang disahkan oleh pengadil menyelamatkan KL City daripada kekalahan dalam perlawanan itu.
Penutup :
Shukor Adan telah bermain dalam tiga generasi yang berbeza. Pada tahun 1995 -1999. Tahun 2000 – 2010 dan tahun 2010 sehingga saat ini. Sudah pastilah beliau antara pemain yang banyak pengalaman sebagai seorang pemain kelab apatah lagi sebagai bekas pemain kebangsaan.
Justeru kewibawaannya sebagai seorang pengulas amatlah dikagumi oleh mereka yang menonton semasa siaran langsung pada hari semalam.
Ini adalah nasihat kepada pemain-pemain skuad kebangsaan khususnya kepada pemain naturalisasi yang diberikan peluang mewakili Malaysia.
"Kita carry bendera" – Shukor Adan
[Watch til the end] pic.twitter.com/npgOxCrCLH
— Stadium Astro 😷 (@stadiumastro) June 3, 2021
"Bila kita diberi peluang untuk menjadi pemain naturalisasi, kita kena extra effort dari pemain local" – Shukor Adan pic.twitter.com/U3JYwrviy8
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 3, 2021
"X kiralah anda pemain naturalisasi atau warisan. Bila lencana di dada kena main untuk maruah negara," Shukor Adan
MAS 0-4 UAE
*Best player Msia? Farizal Marlias 😆@ASTROARENA pic.twitter.com/YkrElMuXWc
— Bazly.azmi (@bazlyazmi) June 3, 2021
Maka , pemain naturalisasi Malaysia mestilah menyahut cabaran dari lagenda ini dan penyokong Harimau Malaya di tanah air.