Sehingga tiga perlawanan yang diminkan di Stadium Sultan Ibrahim setakat ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) masih lagi berjaya mengekalkan 100% kemenangan di arena baharu serba canggih milik mereka ini.
Pada malam tadi, JDT dipaksa bermandi peluh sebelum melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas UiTM FCdi saingan Liga Super.
Tiada kelibat Safawi Rasid di dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan selepas prestasi pemain negara itu dalam beberapa perlawanan lalu menjadi bualan hangat pada minggu ini.
Namun tanpa Safawi, seorang lagi pemain tempatan, Nazmi Faiz Mansor berjaya muncul wira JDT – tatkala prestasi pemain tengah ini sejak beberapa perlawanan lalu mulai mencuri tumpuan.
9' | GOL DIOGO!@OfficialJohor kini mendahului @uitmfclions melalui gol Diogo.#CIMBLigaSuper2020#JDTUiTM#MFLLive pic.twitter.com/ccu5XEZ13Q
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Di atas kertas, UiTM FC ibarat lawan mudah bagi juara enam kali Liga Super berturut-turut, JDT.
Malah skuad kendalian Benjamin Mora mendahului permainan pada minit ke-9 hasil jaringan Diogo Luis Santo.
Gol berpunca daripada Leandro Velazquez yang mengumpan bola tepat kepada Diogo, sebelum bekas penyerang Buriram United itu melepaskan rembatan leret menewaskan penjaga gol, Muhamad Nor Haziq Mohd Aris.
19' | GOL VICTOR!@uitmfclions menyamakan kedudukan di Stadium Sultan Ibrahim menerusi Victor Nirennold.#CIMBLigaSuper2020#JDTUiTM#MFLLive pic.twitter.com/6LVtdJfaip
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Tuan rumah bagaimana pun dikejutkan dengan jaringan penyamaan pasukan pelawat pada minit ke-19 menerusi Victor Nirennold.
Victor berjaya mengambil kesempatan di atas kekalutan di hadapan pintu gol untuk menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias.
Corak permainan kemas anak didik Frank Bernhardt yang begitu berdisplin mematikan gerakan berbahaya gandingan tiga serangkai Luis Santo, Gonzola Cabrera dan Nazmi Faiz Mansor wajar dipuji.
Sepanjang baki babak pertama saingan, JDT kelihatan sukar berhadapan UiTM FC yang menampilkan disiplin tinggi dalam taktikal permainan.
69' | GOL NAZMI FAIZ!
@OfficialJohor 2-1 @uitmfclions #CIMBLigaSuper2020 #JDTUiTM#MFLLive pic.twitter.com/qG53PDniNh— MFL LIVE (@MFL_Live) March 7, 2020
Malah pada minit ke-50oerlawanan, UiTM FC mengundan cemas penyokong JDT selepas bola rembatan deras Gustavo Dos Santos di luar kotak penalti terkena palang ketika Farizal sudah tertewas.
Tuan rumah akhirnya mampu menarik nafas lega pada minit ke-70 perlawanan apabila rembata deras Nazmi Faiz hasil umpanan Velasquez menewaskan Muhamad Nor Haziq untuk gol kemenangan JDT.