Kelab Brazil, Santos menjemput seorang budak jalanan di Brazil untuk menjalani latihan bersama mereka setelah gol licik kanak-kanak itu menjadi tular di media sosial.
Brazil dikenali sebagai sebuah negara yang melahirkan ramai pemain bola sepak berskil tinggi.
Sekiranya anda ke negara tersebut, anda boleh menyaksikan bola sepak dimainkan di mana sahaja termasuk di jalanan oleh pelbagai lapisan peringkat umur.
Ini termasuklah oleh kanak-kanak yang dikenali oleh Ciao ini. Dalam satu rakaman video yang tular, Ciao dilihat ligat melarikan bola melepasi kawalan beberapa pemain lain sebelum melepaskan percubaan.
Namun demikian, percubaan beliau pada mulanya berjaya diselamatkan oleh pasukan lawan.
O menino viralizou nesta terça depois de mostrar toda a sua habilidade com a bola nos pés. Após ver o vídeo, a franquia #MeninosDaVila de São Luís-MA fez questão de conhecer o Caio e convidá-lo para um teste no Peixão, após esse período de quarentena chegar ao fim. pic.twitter.com/yfTYW7Dx8N
— Santos Futebol Clube (de 🏡) (@SantosFC) April 1, 2020
Namun tidak berapa lama selepas itu, Ciao menerima hantaran lambung cantik dari rakan sepasukannya. Membelakangkan gol, Ciao dengan liciknya kali ini menguis masuk bola tepat ke sasaran.
Jaringan tersebut kemudiannya diraikan seperti bintang Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo dengan penuh kebangaan.
Turut mendapat perhatian netizen adalah pin point pass dari rakannya dari bahagian bawah yang membenarkan jaringan tersebut.
Selepas tular, video tersebut mendapat perhatian daripada jurulatih akademi Santos, yang melawat Ciao di kediamannya.
Selain menghadiahkan jersi Santos, kelab tersebut turut menjanjikan latihan bersama serta ujian untuk menyertai mereka selepas tempoh berkurung Covid-19 berakhir.
Santos telah melahirkan ramai pemain bola sepak terkenal dunia. Antaranya adalah legenda bola sepak dunia, Pele dan penyerang Paris Saint-Germain, Neymar.