Dua perlawanan, dua kemenangan, dan tempat teratas Liga Super Malaysia (MSL 2020) adalah permulaan yang sangat memberangsangkan buat Melaka United pada musim ini.
Masih segar dengan kejayaan menumpaskan UiTM FC pada minggu pertama saingan, tuan rumah beraksi dengan baik sekali di hadapan lebih 3,500 penyokong untuk menewaskan PDRM FA 3-0 pada malam tadi.
17' | GOL UCHE AGBA!@MelakaUnitedSA 1-0 @PDRMTheCops #CIMBLigaSuper2020#MELPDRM#MFLLive pic.twitter.com/5ENg7XI7Y9
β MFL LIVE (@MFL_Live) March 6, 2020
Melaka United mendahului melalui bekas pemain import PDRM sendirim Uche Agba pada minit ke-17 perlawanan selepas penyerang kelahiran Nigeria itu menerima hantaran lintang pertahanan kiri Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman.
Hantaran tersebut kemudiannya mudah ditanduk cantik ke kiri gawang pelawat sekali gus menewaskan penjaga gol See Tian Keat.
71' | GOL SAFIQ RAHIM!@MelakaUnitedSA 2-0 @PDRMTheCops #CIMBLigaSuper2020#MELPDRM#MFLLive pic.twitter.com/GMGnCiW9f1
β MFL LIVE (@MFL_Live) March 6, 2020
Babak kedua tuan rumah semakin bernafsu menggandakan asakan untuk menambah jaringan bermula menerusi percubaan Saiful Ridzuan Selamat (m-38) namun tersasar ke kiri gawang pelawat.
PDRM bagaimana pun berjaya mendekatkan kedudukan melalui sentuhan Antonio German.
Peluang terbaik menambah jaringan turut hadir menerusi Agba seminit selepas itu namun rembatannya berjaya ditepis keluar oleh Tian Kiat.
πππ Wan Amirul Afiq menyempurnakan malam gemilang Melaka malam tadi dengan rembatan kencang ini dari luar kotak penalti!
Sorotan perlawanan penuh Melaka 3-1 PDRM di laman Facebook MFL! https://t.co/6FHf5EwLql#ForwardFootball#CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/gYAWVf2ipd
β #LigaMalaysia2020 (@MFL_MY) March 7, 2020
Buruan jaringan kedua Melaka akhirnya hadir menerusi tolakan mudah kapten pasukan Safiq Rahim pada minit ke-70 perlawanan selepas menerima hantaran Wan Amirul Afiq.
Malah Wan Amirul Afiq yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan turut mencipta jaringan menarik pada minit ke-90 menerusi rembatan voli dari luar kotak penalti untuk gol ketiga Melaka.
Sebelum itu, The Cops berjaya meledak jaringan saguhati menerusi Antonio Timothy pada minit ke-80 selepas menerima hantaran Muhamad Eskandar Ismail menewaskan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.