VIDEO: Saksikan Semua 50 Gol Ronaldo Untuk Juventus

Ronaldo telah menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut untuk Juventus selepas dua menyempurnakan dua sepakan penalti menentang Fiorentina.

Ini menjadikan Ronaldo sebagai pemain pertama yang berjaya  berbuat demikian sejak David Trezeguet pada Disember 2005.

Pemain antarabangsa Portugal itu juga kini telah menghasilkan 50 jaringan, hanya dari 70 penampilan untuk kelab Turin tersebut.

Sebelum berhijrah ke Turin, Ronaldo juga menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid.

Sepanjang berada di Santiago Bernabeu, Ronaldo telah mencetak 451 gol daripada 438 perlawanan.

Ini menjadikan Ronaldo sebagai antara mesin gol terhebat yang dunia bola sepak pernah saksikan.

Jumlah jaringan di Real Madrid itu membantu beliau merangkul 16 piala, termasuka 4 kejuaraan Liga Juara-Juara Eropan (UCL).

Pada masa yang sama, pemain yang akan mencecah usia 35 tahun pada 5 Februari (esok) kini telah menjaringkan gol dalam 15 pertandingan peringkat kelab.

Jumlah pertandingan dan jaringan yang dihasilkan tersebut direkodkan sejak 18 tahun yang lalu sejak Ronaldo memulakan karier bersama Sporting CP di Taca de Portugal.

“Ronaldo kini berada pada tahap fizikal dan mental yang hebat, menjaringkan gol pada kadar konsistensi luar biasa,”ujar Sarri kepada Rai Sport selepas perlawanan menentang Sampdoria sebelum ini.

Satu perkara yang jelas pada Ronaldo ialah beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan memperlahankan diri dari menampilkan prestasi terbaik di dalam bola sepak.

Sebagai perbandingan ramai pemain bola sepak profesional pada usia yang sama sudah mulai memikirkan mengenai persaraan.

Pada usia pertengahan 30 an, timbul tanda tanya berapa lama lagikah pemain seperti Ronaldo mampu bertahan di tahap tertinggi.

Jika anda menganalisis prestasi beliau, anda akan meletakkan Ronaldo bersama-sama atlet yang sama seperti Roger Federer, Muhammad Ali dan Floyd Mayweather.

Apa lagi yang boleh anda jangkakan daripada pemain seperti Cristiano Ronaldo? Segala-galanya.

Saksikan kesemua 50 gol yang dijaringkan oleh Ronaldo bersama Juventus setakat ini

Kongsi artikel ini