Brighton menjadi pasukan yang sangat bermasalah di away sebelum sepak mula di Emirates. Namun siapa sangka mereka berjaya membawa pulang 3 mata.
Sebelum ini mereka memang bagus ketika beraksi di Anfield. Itu antara motivasi terbaik untuk Brighton.
Dalam aksi awal pagi tadi Brighton menang 2-1 di Emirates.
Brighton terlebih dahulu di hadapan menerusi Adam Webster pada minit ke-36. Ianya satu keadaan kelam kabut yang diambil kesempatan sebaiknya oleh pemain itu.
Namun Arsenal membalasnya pada separuh masa kedua menerusi penyerang sensasi mereka Alexandre Lacazette pada minit ke-50.
Selepas beberapa kali mencipta peluang gol. Brighton memang selayaknya mendapat gol kedua dalam perlawanan ini.
Dan ketika baki 10 minit lagi perlawanan. Brighton menambah 1 lagi gol – yang merupakan gol kemenangan menerusi pemain paling rajin sepanjang perlawanan, Neal Maupay.
Arsenal beraksi sangat teruk dalam perlawanan ini. Dan tak hairanlah penyokong mereka sangat kecewa.
FT: Arsenal 1-2 Brighton
FYI our coverage does not include Arsenal Fan TV#ARSBHA pic.twitter.com/qdPuiWSrsl
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) December 5, 2019
Brighton mengakhiri rekod kekalahan 4 kali berturut-turut di tempat lawan dengan kemenangan sensasi ke atas pasukan big 6.
Brighton juga tidak menang dalam 6 perlawanan terakhir mereka di away.
Dan ini juga kemenangan pertama Brighton ke atas pasukan Big 6 di away game.
Tonight was Brighton's first ever PL away win against a ‘big six’ opposition (D1 L15) & the first time they have scored more than once in such a game. #afc pic.twitter.com/OUAtdIMWyk
— afcstuff (@afcstuff) December 5, 2019
Lebih teruk, Arsenal tak menang dalam semua pertandingan sebanyak 9 perlawanan berturut-turut.
🔴 @Arsenal’s last 9 matches:
🤝 2-2 @CPFC
❌ 5-5* @LFC
🤝 1-1 @Wolves
🤝 1-1 @VitoriaSC1922
❌ 0-2 @LCFC
🤝 2-2 @SouthamptonFC
❌ 1-2 @Eintracht
🤝 2-2 @NorwichCityFC
❌ 1-2 @OfficialBHAFC😳 Their worst run in 43 years. pic.twitter.com/00LRZ1giZr
— SPORF (@Sporf) December 5, 2019
Saksikan bagaimana Seagull merobek ego Arsenal dengan kemenangan di Emirates.