Pengurus Derby, Philip Cocu menganggap perlawanan pusingan kelima Piala FA menentang Manchester United sebagai istimewa kerana ianya ibarat reunion untuk kapten pasukan, Wayne Rooney.
Derby menewaskan kelab League Two, Northampton 4-2 di perlawanan ulangan pusingan keempat Piala FA.
Rooney turut menyumbang satu gol dalam perlawanan tersebut selepas menyempurnakan sepakan penalti untuk gol keempat The Rams.
Kemenangan ke atas Northampton bermakna Derby akan menjadi tuan rumah kepada Manchester United pada pusingan seterusnya yang akan bermula mulai 2 Mac.
Wayne Rooney led Derby to a 4-2 win over Northampton Town in the 4th round of the FA Cup.
Next up: vs Man United on March 5.๐ฟ pic.twitter.com/ZYIIaH54zp
โ FOX Soccer (@FOXSoccer) February 5, 2020
Perlawanan tersebut turut menjadi perlawanan pertama Rooney bersemuka dengan bekas kelabnya itu selepas meninggalkan Old Trafford pada 2017.
Rooney meninggalkan United dengan semua trofi domestik, Eropah dan juga satu kejuaraan kelab dunia.
Lebih manis, Rooney turut berjaya memecahkan rekod Sir Bobby Charlton untuk menjadi penjaring terbanyak Manchester United sepanjang zaman.
Derby County 4-2 Northampton FT:
Wayne Rooney will be back at Old Trafford to face Manchester United in the #FACup 5th round next month. ๐ค pic.twitter.com/48c7YSEfYR
โ Squawka News (@SquawkaNews) February 4, 2020
โSaya yakin beliau akan bersedia,โ kata Cocu.
โBeliau (Wayne Rooney) akan berhadapan dengan bekas kelab di mana beliau melalui karier yang sangat istimewa.โ
Rooney bermain sebanyak 559 penampilan untuk Red Devils dan menjaringkan 253 gol sepanjang tempoh itu.
Rooney mendapat banyak tawaran dari kelab luar termasuk dari China dan USA, namun beliau lebih teruja apabila peluang untuk kembali ke Everton tiba.
Rooney bersetuju dengan tawaran kontrak 2 tahun di Goodison Park, namun memilih untuk menyertai DC United di Major League Soccer (MLS) setahun selepas itu.
Ice-cold finish from @dcfcofficial's Holmes โ๏ธ#EmiratesFACup pic.twitter.com/KLXYRlyDeF
โ The Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) February 4, 2020
Dalam perlawanan pada awal pagi tadi, gol pertama Derby dihasilkan menerusi Andre Wisdom. Derby County mengukuhkan lagi kedudukan menerusi gol kedua oleh Duane Holmes.
Nicky Adams kemudiannya merapatkan jurang untuk Northampton pada awal separuh masa kedua.
Derby kemudian kembali dengan kelebihan dua gol di hadapan apabila Marriot menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-51.
Wayne Rooney back scoring in the #EmiratesFACup ๐ pic.twitter.com/MfmmGj9Mmw
โ The Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) February 4, 2020
Rooney membunuh sisa sisa perjuangan Northampton dengan penalti pada minit ke-77 untuk kedudukan 4-1.
Northampton memperolehi gol sagu hati pada lewat perlawanan, juga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Sam Hoskins.