Expand To Show Full Article
VIDEO: Remaja 18 Tahun, Martinelli Cetus Kebangkitan Dalam Tempoh 9 Minit Arsenal - Grandstand Kita

VIDEO: Remaja 18 Tahun, Martinelli Cetus Kebangkitan Dalam Tempoh 9 Minit Arsenal

Tahukah anda bahawa rekod tanpa menang terpanjang Arsenal sebelum ini ialah pada 1977 apabila The Gunners tampil tanpa sebarang kemenangan dalam 10 perlawanan berturut-turut.

Musim ini perkara sama hampir berulang. Sebelum perlawanan menentang West Ham pada pagi tadi, Arsenal tidak menang dalam 9 perlawanan di semua pertandingan sebelumnya.

Itu fakta sebelum perlawanan yang cuba dihindarkan oleh Arsenal menjelang kunjungan ke Stadium London pada awal pagi tadi.

Pada satu ketika mimpi buruk Arsenal tampak akan berterusan selepas West Ham mendahului pada babak pertama perlawanan melalui pemain badan bertubuh sasa, Angelo Ogbonna.

Ketinggalan 1-0 pada babak pertama pasti akan membuatkan sesiapa sahaja yang berkait dengan Arsenal resah.

Namun babak kedua perlawanan menyaksikan kebangkitan skuad kendalian pengendali interim, Freddie Ljungberg.

Kali ini The Gunners meledak tiga gol di dalam tempoh 9 minit untuk memastikan rekod 1970 tidak disamai pada kali ini.

Kebangkitan Arsenal diinspirasikan oleh penyerang muda dari Brazil, Gabriel Martinelli. Sebelum ini Martinelloi tidak pernah beraksi penuh 90 minit dalam perlawanan kompetitif Arsenal.

Tetapi kerana kegagalan jentera serangan Arsenal walaupun ada nama besar dan pemain mahal memaksa Ljungberg mempertaruhkan Martinelli.

Pemai berusia 18 tahun itu menyamakan kedudukan untuk Arsenal melalui penyudah kemas dan bijak selepas menyambut hantaran Sead Kolasinac pada minit ke-60.

Mungkin selepas tersentak dengan jaringan Martinelli, penyerang bernilai £72 juta, Pepe melakukan lencongan cantik kaki kiri, selepas menyusup masuk ke dalam kotak penalti pada minit ke-66.

Pepe sekali lagi bijak mengesan kedudukan rakan penyerang, Aubameyang untuk melakukan hantaran dan disudahkan oleh penyerang antarabangsa Gabon itu pada minit ke-69.

Sembilan minit, tiga gol, tiga mata. Lengkaplah kebangkitan Arsenal.

Kongsi artikel ini