[VIDEO]: Puluhan Jadi Korban Termasuk Anggota Polis Selepas Rusuhan Di Liga1 Indonesia

Persekutuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengecam rusuhan yang berlaku di Stadium Kanjuruhan membabitkan penyokong Arema FC dengan pihak polis sehingga berlaku korban.

Walaypun belum ada angka rasmi dikeluarkan, tidak kurang 50 penyokong termasuk anggota polis bertugas dilaporkan meninggal dunia akibat rusuhan – antara yang terburuk pernah mencemarkan bola sepak Indonesia.

Dalam satu kenyataan Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi berkata Arema FC akan menerima hukuman berat sekiranya kejadian rusuhan itu berlaku disebabkan kegagalan kelab mengawal penyokong mereka.

Sejumlah video yang mulai tular di media sosial Twitter menunjukkan ribuan penyokong Arema menyerby padang Stadium Kanjuruhan.

Pelbagai spekulasi kini beredar mengatakan tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata dan bertindak ganas menjadi punca kemarahan penyokong Arema.

Polis berupaya menghalau penyokong tuan rumah yang mulai memasuki padang dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata. Menurut CNN Indonesia Antara tembakan gas pemedih mata itu membuat banyak penyokong pengsan akibat kesukaran bernafas.

Kejadian tersebut mencetuskan panik sehingga berlaku tolak menolak dan ada di kalangan penyokong yang maut akibat dipijak.

Tindakan penyokong Arema masuk ke kawasan padang kemudiannya menyebabkan pertempuran dengan pihak polis berlaku. Insiden tersebut turut menyebabkan kenderaan polis dirosakkan dan dibakar di dalam stadium.

Selain tindakan denda, PSSI juga mengancam Singo Edan tidak menjadi tuan rumah dalam beberapa perlawanan mendatang.

“PSSI sangat mengecam kerusuhan ini. Namun, sekali lagi kami belum bisa menyimpulkan apa-apa,” kata Yunus Nusi.

“Tetapi, sanksi keras akan menimpa Arema jika semuanya terbukti. Tim investigasi PSSI akan segera bertolak ke Malang,” kata Yunus.

Rusuhan ini bermula apabila Arema FC tewas 2-3 kepada Persebaya Surabata dalam Derbi Jawa Timur di minggu ke-11 Liga 1 Indonesia musim ini.

Ia turut melarat ke luar stadium dengan harta benda turut dirosak dan dibakar.

Kerusuhan di Kanjuruhan itu bermula dari kekalahan Arema FC dari Persebaya Surabaya, 2-3, dalam Derbi Jawa Timur di pekan ke-11 Liga 1 2022/2023.

Persebaya menang hasil gol Silvio Junior (8′), Leo Lelis (32′), dan Sho Yamamoto (51′), manakala Arema berjaya membalas melalui jaringan Abel Camara (42′ dan 45+1′).

Kongsi artikel ini