Paris Saint-Germain (PSG) menang besar ke atas Montpellier, tetapi pengurus pasukan, Thomas Tuchel jelas tidak berpuas hati dengan reaksi yang ditampilkan Kylian Mbappe ketika digantikan.
Mbappe menjaringkan gol keempat perlawanan di Parc des Princes selepas sebelum itu percubaan beliau terkena palang.
Mbappe turut terlibat menyebabkan penjaga gol Montpellier, Dimitry Bertaud dilayangkan kad merah.
Selepas PSG mendahului 5-0 pada minit ke-68, Tuchel memilih untuk mengeluarkan penyerang berusia 21 tahun itu dan digantikan oleh Mauro Icardi.
Mbappé f-up, but him Coach Thomas Tuchel f-up pass. Why he dey beg am ? pic.twitter.com/NoocZ0L06p
— a2zsports🇳🇬 (@a2zsportz) February 2, 2020
Mbappe jelas tidak senang dengan tindakan Tuchel itu dan secara vokal mempersoalkan keputusan Tuchel.
Pengurus dari Jerman itu turut memberikan respon kepada pemain antarabangsa Perancis itu sehingga ia kelihatan seperti satu perbualan yang tegang diantara pemain-pengurus di tepi padang.
Mbappe kemudiannya menuju ke tempat duduk pemain simpanan, namun kelihatan masih mengeluh tidak berpuas hati.
“Saya adalah jurulatih. Saya bertanggungjawab untuk memutuskan siapa yang akan keluar dan masuk sebagai pemain gantian. Itu [tugas] saya,” ujar Tuchel dalam sidang media selepas perlawanan.
PSG manager Tuchel substituted Mbappe earlier today and he was absolutely fuming with the decision.
This isn't good at all, just a reminder that Mbappe still hasn't signed a new contract with PSG. 👀 pic.twitter.com/djRngUpyCD
— FutbolBible (@FutbolBible) February 1, 2020
“Dia [Mbappe] sangat bijak, dan sepatutnya tahu apa yang telah beliau lakukan.
“Dia tidak suka dikeluarkan. Tidak ada sesiapa gemar ditukar ketika perlawanan.
“Perkara ini memberikan imej yang tidak baik, tetapi [PSG] bukanlah satu-satunya kelab yang mempunyai masalah seperti ini.
“Perkara sebegini tidak bagus kerana ia memberi ruang untuk dijadikan modal menganggu tumpuan pemain. Ia tidak bagus.
“Saya tidak marah, tetapi terkilan kerana perkara sebegini boleh dielakkan. Saya memberikan penjelasan mengapa melakukan pertukaran tersebut, dan ia sudah cukup untuk berbuat demikian.
Neymar assist, Mbappe Goal. Grass is green and water is wet 🔥 pic.twitter.com/EwK2U21Hbn
— Jfue 🐝 RIP KOBE BRYANT FOREVER 💜💛 (@AlmightyJid) February 1, 2020
“Saya yang menentukan aspek teknikal pasukan. Kita bukannya bermain tenis. Kita bermain bola sepak, dan anda harus menghormati semua orang.”
Tuchel turut ditanya apakah langkah seterusnya, dan sama ada kelab akan mendenda Mbappe kerana sikapnya itu.
“Saya tidak tahu. Saya perlu memikirkannya. Saya perlukan rehat,” ujar bekas pengendali Borussia Dortmund itu.
“Saya akan membuat keputusan kemudian. Kami akan kembali menjalani latihan pada 11am esok. Kami akan berbincang mengenai perlawanan ini dengan semua pemaun esok.
“Saya perlu lihat jika masih mahu berbincang mengenai perkara ini secara terbuka, atau akan melakukannya secara individu. Ia bergantung kepada bagamana lenanya tidur saya pada malam ini.”
Tuchel: "He doesn't like going off, nobody likes going off. These are not good images, but we are not the only club that has to deal with this sort of thing. I am not angry, but I am sad because it is not necessary. " https://t.co/6hu9752poO
— Goal (@goal) February 1, 2020
PSG cukup selesa dalam perlawanan ini selepas hanya 17 minit berlangsung, Pablo Sarabia meledakkan jaringan sebelum Bertaud menyentuh bola di luar kotak penalti dalam usaha menyelamatkan bola dari Mbappe.
Penjaga gol itu dilayangkan kad merah kerana melakukan profesional foul.
Selepas itu giliran Angel Di Maria menambah jaringan dan gol sendiri Daniel Congre menjadikan kedudukan 3-0 berakhir babak pertama.
Selepas itu giliran Mbappe dan Kurzawa menambah jaringan selepas rehat.
Montpellier menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain selepas Joris Chotard menerima kad kuning kedua, dua minit sebelum perlawanan masa sebenar tamat.