Nicolas Pepe menjadi asas kebangkitan Arsenal ketika menentang West Ham. Pemain digelar Ivorian Messi itu menjadi penjaring gol penyamaan untuk Arsenal dan kemudian mencipta 1 assist kepada Pierre Emerick Aubameyang.
Beliau kembali semula ke kesebelasan utama pasukan Arsenal dalam derbi.
Arsenal sebelum wisel permulaan telah mencatatkan kemarau 9 perlawanan tak menang dalam semua pertandingan dan juga 7 dalam liga perdana Inggeris.
Dalam proses tersebut Arsenal telah memecat kapten mereka dan juga Unai Emery.
Xhaka digantikan dengan Pierre Emerick Aubameyang. Manakala Unai Emery digantikan dengan interim Freddie Ljungberg.
Arsenal ketinggalan pada separuh masa pertama.
Namun bangkit pada separuh masa kedua. Paling mencuri tumpuan adalah aksi Martinelli. Pemain remaja sensasi. Yang menjaringkan gol penyamaan. Hasil umpanan cantik Sead Kolansinac.
Pepe kemudiannya menerima bola Aubameyang dan melakukan cut inside tenang sebelum melepaskan lencongan yang sangat cantik.
Tidak teehenti di situ, Pepe menerima bola Ozil, dan melakukan umpanan cantik kepada Aubameyang. Hantaran yang sukar untuk dikekang.
Aubameyang merembat half volley.
Dalam perlawanan ini Pepe mencatatkan 76% hantaran tepat. Mungkin harus diperbaiki lagi.
Beliau cuba melakukan 8 gelecekan mengatasi pertahanan. 3 daripadanya berjaya.
1 percubaan tepat dan terus gol.
Dan beliau melakukan 1 through pass dengan 1 assist daripadanya.
Saksikan rangkuman aksi Pepe di sini:
Arsenal menang 3-1 di tempat lawan. Dan ini kali pertama mereka menang di away selepas ketinggalan awal sejak 2011.
Pepe berhak mendapat MOTM dalam aksi ini.
Image: Nicolas Pepe’s brother, Kwame, on FaceTime with him after tonight’s match against West Ham, in which he won the Man of the Match award. ❤️ [IG story: kwame.pepe] #afc pic.twitter.com/WJ0t7bvQ1W
— afcstuff (@afcstuff) December 9, 2019