VIDEO: Pemimpin Chechnya, Ratusan Lain Hadir Di Hospital Beri Penghormatan Untuk Ayah Khabib

Ratusan pelawat hadir ke hospital dan mendoakan ayah Khabib Nurmagomedov, Abdulmanap, yang meninggal dunia di Moskow, Rusia, pada Jumat lalu.

Sebuah video tular di media sosial Instagram memperlihatkan ratusan pelawat menghadikanr di hospital tempat Abdulmanap meninggal dunia. Kelibat Khabib juga kelihatan di antara ratusan pelawat tersebut.

Dipetik daripada RT, Instagram News095, memperlihatkan rakaman video dipercayai selepas ayah Khabib meninggal dunia.

Salah seorang tokoh yang turut kelihatan di dalam video tersebut adalah pemimpin Chechnya Ramzan Kadyrov.

Kadyrov dilihat berdoa untuk mendiang Abdulmanap dan mengucapkan takziah kepada Khabib.

Kadyrov juga memeluk petarung dengan gelaran The Eagle itu dan turut mengucapkan takziah kepada anggota keluarga Khabib yang lainnya.

View this post on Instagram

Глава ЧР Рамзан Кадыров вчера ночью, в сопровождении своих ближайших соратников посетил Кироваул РД, что бы почтить память и выразить соболезнования родным и близким Абдулманапа Нурмагомедова. Кадыров отметил, всеобщее уважение, которое имел Абдулманап и его большие заслуги в развитии спорта. Он сказал, что с первых дней были на связи с родственниками и очень надеялись на его скорейшее выздоровление. Хабиб Нурмагомедов поблагодарил Кадырова, за визит и почтение к своему отцу. Также он выразил благодарность за помощь, которую Кадыров оказал в переводе его отца в Московскую клинику и дальнейшее лечении. «Предначертанное Всевышним не изменить, на все его воля! Хвала Аллаху» сказал Хабиб Нурмагомедов. Пусть Аллах простит все его грехи и обрадует раем! #абдулманапнурмагомедов #хабибнурмагомедов #кадыров #кироваул #похороны #соболезнование

A post shared by 🌐НОВОСТНОЙ ПОРТАЛ🌐 (@news095) on

Kadyrov menganggap Abdulmanap adalah individu yang sangat dihormati dan memiliki jasa yang luar biasa dalam sukan mixed martial arts (MMA).

Khabib dan Abdulmanap memiliki hubungan yang rapat dengan Kadyrov.

Pemimpin Chechnya itu dikatakan sebagai individu yang mengatur perpindahan Abdulmanap dari Makhachkala ke Moscow demi mendapat rawatan dan penjagaan yang lebih baik.

Bapa dan jurulatih Khabib, Abdulmanap, meninggal dunia pada hari Jumaat kerana komplikasi penyakit yang dikatakan berpunca daripada penularan global.

Arwah memainkan peranan besar dalam kehidupan anaknya dan juga kerjaya profesional  Khabib Nurmagomedov sebagai juara UFC.

View this post on Instagram

Father.

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

Bercakap pada bulan September 2019, sebelum mempertahankan gelaran UFC melawan Dustin Poirier, ‘The Eagle’ berbicara tentang pentingnya ayahnya berada di penjuru gelanggang.

Juara ringan UFC juga menyentuh pengaruh ayahnya itu selepas kemenangannya di UFC 242.

“Ayah saya juga adalah jurulatih saya, saya ingat dia dulu dan terutama sebagai ayah dan kemudian sebagai jurulatih,” jelas petarung yang masih belum dikalahkan itu lagi.

“Saya rasa tidak mudah bagi beliau untuk membesarkan saya sebagai petarung dan sebagai anak lelaki. Saya rasa itu sangat sukar. Saya sendiri sekarang menjadi ayah, saya mempunyai seorang anak lelaki. Saya memahami apa yang dia rasakan kepada saya.”

Kongsi artikel ini