Nampaknya ia bukan sekadar pra musim buat pemain skuad JDT. Juara Liga Super dan Piala Malaysia itu memilih Dubai untuk lokasi pra musim mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.
Dubai sentiasa menjadi pilihan kelab-kelab bola sepak ternama dunia untuk latihan pra musim atau pun kem singkat kerana fasiliti bola sepak yang ada di negara ini.
Sun ☀, Sand, Camels 🐪 and Cruisers – a JDT adventure in the desert.. 😎#JDTinDubai#JDTdoingJDTthings#DesertSafari
Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, 24 January 2020
Selain daripada itu, Dubai turut merupakan salah satu tempat di dunia yang boleh menawarkan pelbagai perkara menarik untuk dialami.
Ini bermakna selain daripada latihan, pemain turut boleh meluangkan masa untuk aktiviti santai lain – dilakukan secara berkumpulan untuk tujuan team bonding.
Selepas dua perlawanan, pemain-pemain JDT disajikan dengan pengalaman merentas Gurun Dubai sambil menikmati suasana matahari tenggelam.
Riak wajah setiap pemain tenyata puas, dengan gurau senda dan semangat kebersamaan tinggi dipamerkan sesama pemain.
Liridon Krasniqi yang baru menyertai JDT misalnya jelas tidak kekok dengan rakan sepasukan barunya di JDT.
Antara aktiviti yang dilakukan oleh pemain JDT ialah kembara safari di gurun menggunakan SUV 4X4, dengan pemanduan yang mampu mendebarkan sesiapa sahaja, luncur pasir, dan makan malam berlatarbelakankan gurun.
JOHOR DARUL TA'ZIM FC 2020 PRESEASON SCHEDULE IN DUBAI
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/K89twBS9jt
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 17, 2020
Skuad JDT dijadualkan mengharungi lima perlawanan persahabatan di Dubai sebelum kembali ke tanah air pada akhir bulan ini.
Dua perlawanan yang telah dilalui berakhir dengan kekalahan 0-2 kepada Riga FC, sebelum skuad kendalian Benjamin Mora itu menewaskan wakil dari UAE, Dibba Al-Fujairah 1-0 .
JDT akan berhadapan dengan skuad kebangsaan Turmekistan pada hari esok, sebelum MSK Zilina dan Emirates FC menanti pada 29 dan 30 Januari.