VIDEO: Peluncur Filipina Menang Emas Selepas Dua Hari Selamatkan Nyawa Peserta Indonesia

Peserta acara papan luncur Filipina Roger Casugay akhirnya berjaya meraih pingat emas di Sukan SEA 2019 di salah satu acara sukan tersebut yang dipertandingkan.

Emas pertama beliau dalam pertandingan ini tiba dua hari selepas dua hari menyelamatkan seorang peserta Indonesia daripada dihentam ombak.

Sebentar tadi, Casugay meraih 14.50 mata untuk meraih emas kategori ‘longboard’ terbuka. Pingat perak turut diraih oleh peserta senegara, yang juga rakan Casugay, Rogelio Esquiebel Jr. dengan kiraan 14.20 mata.

Dua hari lalu, Casugay dianggap hero dan menjadi tumpuan di Sukan SEA selepas menyelamatkan peserta Indonesia, Arip Nurhidayat daripada ditimpa malapetaka ketika acara sedang berlangsung.

Dalam acara sebelum ini Casugay berada di ambang meraih pingat emas pertamanya. Namun selepas melihat Arip terlepas daripada peluncur yang digunakan, Casugay tidak teragak-agak untuk membantu pesaingnya itu – sebelum musibah yang lebih besar berlaku.

Keputusan Casugay membantu Arip sekaligus membatalkan penyertaan beliau dalam acara tersebut. Namun bagi Casugay, apa yang lebih penting ialah nilai semangat kesukanan.

Setiba di pantai, Arip merangkul Casugay dan mengatakan peluncur dari Filipina itu adalah juara sejati.

Saksikan detik sebenar Casugay menyelamaykan Arip.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email