Ia seperti sudah sah tidak ada sesiapa yang boleh menghentikan Liverpool daripada impian mereka untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga selama 30 tahun.
Dalam perlawanan pada awal pagi tadi, Liverpool menewaskan seteru Barat-Laut, Manchester United 2-0 untuk memastikan kelebihan 16 mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Skuad kendalian Jurgen Klopp adalah pasukan yang lebih dominan, namun berhadapan dengan usaha keras United yang cuba bangkit memburu gol penyamaan setelah Liverpool berada di hadapan.
Liverpool are utterly dominating the Premier League this season.
✅ Most wins – 21
✅ Most clean sheets – 9
✅ Most points – 64 out of 66
✅ Fewest conceded – 14
✅ Best GD – 38
✅ Fewest defeats – 0
✅ Most home wins – 12
✅ Unbeaten run – 39 pic.twitter.com/N07RzQ5A0n— LFC Stats (@LFCData) January 19, 2020
Liverpool mendahului perlawanan ini melalui tandukan Virgil Van Dijk pada minit ke-14 perlawanan.
Juara Eropah itu kemudiannya menamatkan perlawanan dengan penuh bergaya dengan jaringan Mohamed Salah selepas menerima hantaran jauh dari penjaga gol, Alisson.
Sebelum itu Liverpool mungkin berpeluang untuk menang dengan mudah, sebelum gol jaringan Roberto Firmino dibatalkan oleh VAR selepas Van Dijk dipersalahkan mengasari David de Gea.
De Gea turut cemerlang menafikan percubaan Jordan Henderson dan Salah turut gagal memanfaatkan peluang terbuka pada jarak dekat.
A goal, a clean sheet and an INCREDIBLE performance 🤩@VirgilvDijk is your @carlsberg Man of the Match for #LIVMUN 🙌🔴 pic.twitter.com/Xq1rwh1aNq
— Liverpool FC (@LFC) January 19, 2020
Untuk rekod jaringan Mohamed Salah menentang Manchester United ini adalah yang pertama buat penyerang antarabangsa Mesir itu menentang pasukan tersebut.
Jaringan tersebut juga bermakna Mohamed Salah telah menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol menentang 23 pasukan yang pernah beraksi di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Sehingga kini, Salah hanya masih belum menjaringkan gol menentang Swansea (dua perlawanan), dan Aston Villa ( satu perlawanan) dalam pertemuan sebelum ini sejak menyertai Liverpool pada 2017.
Selain daripada mengenai Mohamed Salah, terdapat beberapa fakta menarik lain yang ingin dikongsikan untuk anda:
Liverpool telah memenangi dua perlawanan di Anfield secara berturut-turut menentang Manchester United buat pertama kali sejak memenangi tiga perlawanan secara terus diantara September 2008 sehingga Mac 2011.
Manchester United pula telah tewas sembilan dari 16 perlawanan Liga Perdana Inggeris (W3 D4 L9) pada musim ini, dan gagal menghasilkan gol dalam lapan perlawanan.
23/24 – As a Liverpool player, Mohamed Salah has now scored against 23 of the 24 Premier League teams he has faced more than once in the competition, only failing to do so versus Swansea City. Array. pic.twitter.com/T65gr3cH8A
— OptaJoe (@OptaJoe) January 19, 2020
Liverpool sehingga kini telah mengumpul 91 mata, dari 93 kesemuanya dalam 31 perlawanan (sejak kali terakhir tewas). Dua mata yang hilang adalah apabila seri menentang United di Old Trafford pada musim ini.
Kelab dari Merseyside ini juga menjadi pasukan pertama yang menghasilkan jaringan dalam 22 perlawanan EPL. Arsenal melakukannya sebelum ini, dan muncul juara pada musim tersebut.
Liverpool juga merekodkan 7 clean sheets berturut-turut sejak Disember 2006.
Bek sayap, Trent Alexander-Arnold pula telah menjadi pemain paling banyak melakukan bantuan gol dengan 21 kali pada musim ini. Calon POTY? Selayaknya pada pendapat kami.
Virgil van Dijk vs Man Utd
88% passing
64 passes completed – most in game
1 shot
1 goal
3/4 aerial duels
1/1 tackle
8 clearances
2 interceptionsA man mountain pic.twitter.com/rwriFI1eT0
— LFC Stats (@LFCData) January 19, 2020
Penjaga gol dari Brazil, Alosson Becker kini menjadi penjaga gol Liverpool pertama yang menghasilkan bantuan gol selepas kali terakhir Pepe Reina melakukannya dalam perlawanan menentang Sunderland.
Pemain terbaik perlawanan pada malam ini pilihan GrandstandKita.Net pula adalah pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk.
Jaringan sulung dari beliau memberikan Liverpool keyakinaan dan keselesaan yang diperlukan dalam perlawanan derbi seperti ini.