VIDEO: Mengenang Kembali Skil Hebat Robinho, Permata Brazil Yang Malap Kerana Keyakinannya Sendiri

Pada prestasi terbaiknya, tidak ada siapa boleh menafikan Robinho adalah antara pemain terbaik bola sepak pernah saksikan.

Bermula pada usia 18 tahun, Robinho mulai mencipta nama bersama Santos di Brazil.

Kepantasan yang dimilkinya berserta skil individu yang dipamerkan menyebabkan ramai menyamakan beliau dengan legenda tersohor, Pele.

Robinho kemudiannya menyertai Real Madrid pada 2005, dimana beliau dikenang sebagai antara bakat bola sepak terhebat dunia.

Perpindahan ke Manchester City dengan nilai £32.5 juta pada 2008 bagaimanapun adalah permulaan kepada kemerosotan Robinho.

Selepas musim pertama yang baik di England, Robinho gagal menempatkan dirinya selaku pemain yang diharapkan sebelum dijual kembali selepas hanya 18 bulan.

Sikap dan keyakinan diri yang melampau dikatakan sebagai punca utama Robinho sukar meyakinkan Mark Hughes dan kemudiaanya Roberto Mancini sebagai pengurus pada ketika itu.

Robinho kemudiannya menyertai AC Milan selama empat musim sebelum kembali ke Santos pada 2014.

Setelah itu, Robinho turut pernah beraksi di China, dan kini pada usia 36 tahun beliau kini beraksi bersama Istanbul Basaksehir di Divisyen 1 Turki.

Tempoh terbaik Robinho mungkin sudah berlalu, tetapi mereka yang membesar ketika nama Robinho sedang memuncak tidak akan bosan menyaksikan aksi yang ditampilkan ketika perlawanan.

Gabungan kepantasan dan tipu helah, pemain kelahiran Sao Vicente ini seolah-olah mempersendakan lawan ketika berhadapan dengan pemain pertahanan lawan.

Masalah di luar padang dan sikap menyebabkan potensi beliau terjejas. Kita mungkin tertanya, sejauh manakah Robinho akan pergi sekiranya mampu menjaga dirinya satu ketika dahulu.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email