VIDEO: Mengenang Kembali Kehebatan Maestro Andrea Pirlo Yang Bersara 2 Tahun Lalu

Andrea Pirlo telah mengumumkan persaraan daripada bola sepak profesional pada 31 Disember 2017.

Dua tahun sudah berlalu, nama pemain ini masih malar segar di kalangan peminat bola sepak Itali sebagai antara pemain tengah paling menakjubkan pernah disaksikan dunia.

Pada usia 40 tahun pada hari ini, bekas pemain Juventus, Inter dan AC Milan ini pernah memenangi 6 kejuaraan Serie A dan 2 medal kejuaraan UEFA Champions League.

Di pentas antarabangsa, Pirlo merupakan antara pemain utama yang membantu Itali memenangi Piala Dunia 2006.

Pirlo turut memenangi anugerah ‘Top Assist Provider’ pada edisi Piala Dunia yang sama.

Antara salah seorang ‘deep-lying playmaker’ terhebat yang dunia pernah saksikan, kebijaksanaan Pirlo di atas padang, pasti akan dirindui.

Gaya permainnya tenang, merencanakan gerakan pasukan yang diwakilinya daripada bahagian tengah.

Terima kasih untuk kenangan yang anda berikan kepada bola sepak Andrea Pirlo.

📅 Jumlah Perlawanan: 715
🇮🇹 Penampilan Antarabagsa: 116
⚽️ Jumlah Gol: 86
🏆 Bilangan Trofi: 18

Andrea Pirlo akan dikenang sebagai salah seorang maestro tengah terbaik dunia. Ini benar-benar legenda!

Kongsi artikel ini