Netizen khususnya komuniti bola sepak di Indonesia heboh apabila foto dan video seorang pemain memijak kepala pengadil kerana tidak berpuas hati menjadi tular di media sosial pada hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku semalam dalam sebuah kejohanan amatur di Stadium Patriot Chandrabaga yang terletak di Bekasi.
Menurut bolalob, kejohanan ini bukanlah kejohanan yang berprestij di Indonesia dan merupakan pertandingan amatur yang dianjurkan sebuah kelab berpengkalan di Bekasi, iaitu Gilbar FC.
Di media sosial, kejohanan ini dikenali sebagai “FUN FOOTBALL GILBAR FC 2020”, dan disertai oleh lapan pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan.
Dapat info nih , ada tanding skala fun game ekhsibition sampe kaya begini, sok pro, gatau tim apa kabarnya Champas FC td sore di stadion bekasi, wasit juga manusia gaperlu sampe begini mainnya ya bang jago pic.twitter.com/4QjqWwpSui
— Horab Podcast (@horabpodcast) July 12, 2020
Salah seorang pemain Champas FC dikenali sebagai Insan May sempat menceritakan kejadian yang berlaku. Insan adalah pemain Champas dan merupakan rakan sepasukan pemain yang memijak kepala pengadil itu.
Namun Insan yang juga seorang pemain futsal amatur mengaku tidak mengenai pemain yang bertindak ganas dan di luar kebiasaan tersebut.
“Kami tak saling kenal karena memang itu kumpulan pemain tarkam (tangkap muat) yang bermain untuk Champas FC. Keadaan memang lebih rumit dari hanya sebuah foto yang viral itu,” kata Insan membuka cerita.
Walaupun sekadar perlawanan amatur, Champas FC turut diperkuat oleh bekas pemain Arema, Tarik Eljanaby yang berasal dari Maghribi.
Menurut Insan lagi kejohanan tersebut dianjurkan untuk menjalin silahturahmim. Kerana itulah ia digelar ‘Fun Football’ .
Nih Videonyaaaaa yang Champas FC berebut tiket UCL tadi 😅 pic.twitter.com/M6V5vswmPp
— Horab Podcast (@horabpodcast) July 12, 2020
Namun demikian Insan berpendapat pihak penganjur gagal mengelolakan kejohanan itu dengan baik.
“Wasit [pengadil] yang bertugas hanya satu dan tidak ada hakim garis [penjaga garisan]. Kami juga tahunya yang lolos tiap grup dua tim, tapi ternyata hanya satu karena kendala sewa lapangan [tak cukup kos sewa padang],” ucapnya.
Insan yang lebih senang dengan panggilan Jisung [Park Ji-sung kot…] mengakui dalam perlawanan tersebut pengadil yang dikenali sebagai Wahyudin banyak memberikan keputusan yang meragukan.
“Empat menit pertandingan mau habis wasit tiup peluit pelanggaran. Tim kami tidak terima dengan keputusan dan rekan saya itu lari mendorong dan injak muka wasit. Saya sempat menarik tapi tidak bisa terhadang,” ungkapnya.