Chelsea berjaya menyerap tekanan babak akhir perlawanan dari Lille untuk memastikan kelab London itu mara ke pusingan kalah mati pertandingan Champions League.
Skuad kendalian Frank Lampard mendominasi penuh sebahagian besar perlawanan, dan dua gol dihasilkan pada babak pertama melalui Tammy Abraham dan Cezar Azpilicueta.
Namun kekuatan mental skuad Chelsea mulai diuji saat Loic Remy berjaya menjaringkan gol untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-78. Chelsea bagaimanapun mempertahankan kedudukan untuk memastikan pasukan layak ke pusingan seterusnya selaku naib juara Kumpulan H, di belakang Valencia.
Keputusan tersebut turut bermakna semi-finalist musim lalu, Ajax tersingkir dari pertandingan.
Abraham menjaringkan gol ke-13 peribadinya untuk Chelsea pada musim ini pada minit ke-19 selepas menyambar hantaran lintang Willian dari jarak dekat.
Azpilicueta pula menanduk masuk bola hantaran Emerson 10 minit sebelum rehat.
Lille hanya mempunyai maruah untuk diperjuangkan di Stamford Bridge.