VIDEO: Kuartet 4X100 M (Lelaki) Tamatkan Kemarau Pingat Di Sukan SEA

Kali terakhir gandingan negara memenangi pingat dalam acara 4×100 meter ialah di Sukan SEA 2011 melalui gandingan Mohd Zabidi Ghazali, Mohd Ikhwan Nor, Mohd Azhar Ismail dan Mohammad Noor Imran.

Kuartet negara pada ketika itu meraih gangsa dengan catatan masa 40.41s yang dilakukan di Indonesia.

Kini pada edisi ke-30 temasya, kuartet Khaifrul Hafiz Jantan, Nixson Kennedy, Russell Alexander Nasir Taib dan Raja Pecut Asia Tenggara yang baharu, Muhammad Haiqal Hanafi merakamkan catatan masa 39.78 saat untuk memastikan negara membawa pulang pingat perak bagi acara berkenaan.

“Apa yang kami sasarkan adalah buat yang terbaik. Terima kasih kepada semua barisan kejurulatihan, rakan sepasukan saya dan rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan kami,” kata Haiqal ketika ditemui pemberita selepas acara berkenaan.

Malaysia bertanding di dalam acara tersebut di dalam Ketegori B.

Thailand melalui gandingan kuartet Sowan Ruttanapon, Bandit Chuangchai, Jirapong Meenapra dan Siripol Punpa mengekalkan pingat emas yang dimenangi pada 2017 di Kuala Lumpur selepas mencatat 39.27s.

Pingat gangsa pula diperolehi kuartet Filipina  dengan catatan masa 40.04s.

Kongsi artikel ini