Expand To Show Full Article
VIDEO: Kesungguhan & Kemampuan Odion Ighalo Kejutkan Jurulatih Kecergasan Man Utd - Grandstand Kita

VIDEO: Kesungguhan & Kemampuan Odion Ighalo Kejutkan Jurulatih Kecergasan Man Utd

Sebenarnya ramai juga di kalangan penyokong Manchester United kini berada di belakang pemain baharu, Odion Ighalo untuk menampilkan pencapaian cemerlang bersama kelab tersebut.

Perkara tersebut kerana pada mulanya ramai yang skeptikal dengan kemampuan pemain ini.

Penyerang antarabangsa Nigeria itu beraksi selama dua musim di China selepas meninggalkan Watford pada 2017.

Ighalo pantas menyatakan komitmen sepenuh hati dan mencuri hati peyokong Red Devils dengan menyatakan dirinya juga adalah penyokong setia sejak zaman kanak-kanak.

Malah Ighalo mengaku tidak kisah menerima pemotongan gaji semata-mata untuk mendapatkan peluang seumur hidup beraksi untuk kelab kesayangannya itu.

Ekoran Coranavirus

Seperti semua sedia maklum, Ighalo tidak akan bersama rakan sepasukan barunya untuk latihan musim sejuk di Sepanyol. Latihan tersebut telah dirancang sebelum ketibaan pemain itu.

Ini kerana Sepanyol memiliki peraturan yang ketat untuk pelawat yang datang dari China ekoran wabak Coranavirus.

Ada kemungkinan Ighalo tidak dibenarkan masuk dan meninggalkan Sepanyol oleh pihak berkuasa negara tersebut jika pemain itu ke sana untuk dikuarantin.

Tetapi itu tidak bermakna Ighalo tidak melakukan persiapan untuk pasukan barunya.

Ighalo dilhat berlatih di kem latihan milik United dalam sebuah video yang dimuat naik pada awal minggu lalu.

Pemain berusia 30 tahun itu dilihat mengambil bahagian dalam pelbagai rutin latihan yang disediakan.

Ighalo bersemangat buktikan sesuatu

Ighalo tampak begitu bersemangat untuk membuktikan sesuatu melalui latihan yang dijalaninya.

The Telegraph mendedahkan Ighalo menjalani latihan bersama skuad olimpik taekwando Britain demi memastikan dirinya mampu memberikan impak segera di Old Trafford.

Jurulatih prestasi Manchester United, Wayne Richadson terkejut dan kagum akan pencapaian dan sikap yang ditampilkan Ighalo sejak tiba di England.

Malah Richardson yakin Ighalo sudah bersedia diturunkan dalam aksi menentang Chelsea pada 17 Februari hadapan.

“Dengan melakukan rutin harian tersebut, beliau jelas mahu menghadirkan impak segera. Anda boleh menilai sendiri melalui hasil kerja yang dilakukannya di sebalik tabir,” kata Richardson.

“Pada ketika beliau melangkah masuk ke sini, beliau adalah salah seorang dari beberapa pemain yang mengejutkan saya. Kesungguhan dan kesanggupan, semua rutin dilakukan berganda-ganda.

“Sehingga kami sendiri meminta beliau memperlahankannya kerana perlu melakukan pemantauan. Tetapi sebagai seorang profesional, Ighalo mempunyai api untuk membakar dirinya untuk maju.”

Seperti yang ditampilkan melalui carta di atas, Ighalo telah didedahkan dengan 4 rutin latihan: pecutan, angkat berat, rutin dengan bola, dan ketahanan.

Selepas bekerja dengan Ighalo, Richardson yakin Ighalo boleh berjaya dengan Manchester United. Malah Richardson hanya mempunyai perkara positif mengenai pemain tersebut untuk diperkatakan sepanjang sesi latihan yang dilakukan.

“Ada pemain sekadar datang ke sini untuk menjalani latihan, tetapi Ighalo benar-benar mahu memperolehi sesuatu yang maksima dari latihan yang dijalaninya,” tambah Richardson

“Saya berharap kami telah mempersiapkan Ighalo sebaik mungkin.”

Satu perkara yang pasti Ighalo adalah pemain yang mempunyai kesungguhan untuk menyambar satu peluang seumur hidup untuk memperolehi impianyya dengan menggenggamnya dengan kedua-dua belah tangan.

Jika Ighalo gagal di United, satu perkara yang pasti beliau bukan gagal kerana sikapnya.

 

 

 

Kongsi artikel ini