VIDEO: Kecemerlangan Smalling Di Roma Dilupakan Kerana Kesilapan Mudah Ini

Chris Smalling kembali menjadi cemuhan penyokong bila sepak, selepas kesilapan mudahnya membawa padah dalam ketika Roma melayan kunjungan Bologna.

Roma kini sedang bergelut untuk empat kedudukan teratas Serie A, dan memulakan perlawanan dengan langkah kiri kerana kesilapan pemain pertahanan berusia 30 tahun itu.

Smalling yang menyertai Roma secara pinjaman, gagal membaca hantaran lintang rendah pasukan lawan, untuk Riccardo Orsolini mudah menewaskan Pau Lopez.

Netizen memberi pelbagai reaksi kepada kesilapan tersebut – yang tidak sepatutnya berlaku – selepas cemerlang bersama kelab Itali itu sepanjang musim.

Selepas ketinggalan 1-0, Roma menyamakan kedudukan melalui gol sendiri Stefano Denswil.

Namun pemain muda sedang meningkat naik Bologna, Musa Barrow menyumbat dua lagi gol untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Pemain Arsenal yang dipinjamkan kepada Roma, Henrikh Mkhitaryan berjaya mengurangkan defisit, tetapi kad merak yang dilayangkan kepada Bryan Cristante merencatkan sebarang usaha untuk mengelak kekalahan.

Dengan keputusan ini, Roma kekal di tangga kelima dan memiliki mata yang sama dengan Atalanta yang berada di kedudukan keempat Serie A.

Smalling sebelum ini dianggap sebagai pemain yang tidak diperlukan di Old Trafford oleh Ole Gunnar Solskjaer, dan dipinjamkan keluar selepas Manchester United membawa masuk Harry Maguire.

Roma mahu bida

Kecemerlangan Smalling bersama Roma di Itali membuatkan beliau kini menjadi subjek kepada bidaan AS Roma untuk perpindahan secara tetap.

Namun dalam kontrak Smalling bersama Roma tiada klausa penebusan tetap. Yang ada hanya kontrak pinjaman semusim sahaja dan pemain itu akan kembali semula selepas tamat musim ini.

Ini yang membuatkan Roma tidak boleh memiliki pemain itu pada satu jumlah tertentu, dan membenarkan United memanipulasi harga.

Manchester United dilaporkan tidak mahu melepaskan pemain itu selepas menyaksikan kecemerlangan pemain itu di Itali.

Namun jika Roma berkeras mahukan Chris Smalling, perpindahan pemain itu tetap boleh terjadi.

Jika kedua-dua pemain dan Roma mahukan perpindahan ini, maka United meletakkan harga £25 juta untuk pemain itu.

Buat masa ini AS Roma masih meminta agar harga itu diturunkan lagi. Smalling akan memasuki kontrak tahun akhir pada tahun hadapan.

Adakah kita akan menyaksikan Smalling kekal di Roma melangkaui musim panas akan datang?

Kongsi artikel ini