VIDEO: Kapten Olahraga Sepanyol Dedah Kepantasan Larian Cristiano Ronaldo

Menurut seorang atlet dari Sepanyol, Angel David Rodriguez beliau mampu melakukan larian sebanyak 0.30 saat lebih pantas daripada Cristiano Ronaldo dalam perlumbaan berjarak 25 meter.

Rodriguez yang merupakan kaptem skuad olahraga Speanyol mengambil bahagian dalam satu latihan untuk tujuan kajian bersama kapten pasukan kebangsaan Portugal itu ketika Ronaldo masih bersama Real Madrid.

Berkongsi kepada AS, Rodriguez berkongsi pendapat beliau mengenai kepantasan larian yang mampu dihasilkan oleh Ronaldo di dalam larian 100 meter.

“Saya berlari lebih pantas 3/10 saat berbanding Ronaldo, dan ia [jarak] agak jauh. Tetapi jika ia adalah larian 100 meter, beliau boleh melakukan sekitar 11.60 saat,” kata Rodriguez.

Ini bermakna Ronaldo berlari dua saat kurang dari rekod dunia yang dipegang Usain Bolt iaitu 9.58 saat.

Rodriguez yang dikenali sebagai El Pajaro (The Bird) di Sepanyol memiliki 12 kejuaraan acara olahraga dan berkongsi mengenai kajian yang dilakukan bersama pemenang Ballon d’Or itu mengenai larian.

“Saya dikehendaki menyediakan laporan mengenai perbezaan teknik larian bersama Cristiano Ronaldo.

“Anda harus berlari dengan gaya dan teknik berbeza untuk menampilkan perbezaan larian dan teknik yang digunakan oleh seorang pelari pecut dan pemain bola sepak.

“Beliau [Ronaldo] sangat cemerlang dan pantas dalam larian dengan gerakan lateral. Jelas sekali beliau kerap berlatih.”

Walaupun Rodriguez menang untuk larian dalam garis lurus, pelari pecut itu tewas kepada Ronaldo untuk larian dalam bentuk diagonal.

“Ia seperti meminta seorang pelari pecut bermain tenis menggunakan dayung,” kata Rodriguez lagi.

Rodriguez dan Ronaldo melakukan larian tersebut untuk dokumentari khas berjudul ‘Cristiano Ronaldo: Tested to te Limit’, di mana kedua-duanya bersemuka untuk melakukan larian jarak pendek dan beberapa aktiviti lain.

Ronaldo berusia 26 tahun pada ketika itu dan sedang berada di kemuncak prestasi berdasarkan umur seorang pemain bola sepak profesional.

Ia menakjubkan untuk melihat Ronaldo cuba bersaing dengan atlet dari acara sukan lain dan mahu menjadi sebaik mungkin yang beliau mampu capai.

Di dalam bola sepak, tidak dinafikan kepantasan dan kelincahan Ronaldo telah memberikan masalah kepada banyak pemain pertahanan.

Walaupun pada usia 35 tahun pada hari ini, beliau masih mampu beraksi lebih pantas berbanding pemain lain.

Buktinya adalah larian dari kotak ke kotak penalti lain ketika menentang Napoli dalam tempoh 10 saat pada September lalu.

 

Kongsi artikel ini