VIDEO: Insight Stanley Bernard Yang Padu Persoal Kemasukan De Paula Gantikan Darren Lok

Tindakan ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon mengeluarkan Darren Lok pada minit ke-60 permainan jelas sekali menjadi punca mengapa pasukan negara hilang cengkaman dan membenarkan Bahrain mula mendominasi permainan.

Tindakan mengeluarkan penyerang PJ City FC itu menyebabkan jentera serangan negara hilang ‘composure’ di bahagian atas, sekaligus membenarkan Bahrain segera ‘recylcle’ kembali pemainan untuk melakukan serangan.

Dengan kata lain, visi permainan menyerang Malaysia ibarat hilang selepas Darren dikeluarkan.

Insight Stanley Bernard

Salah seorang penganalisis perlawanan bersama Astro Arena, Stanley Bernard yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan dan CEO KL City FC mempunyai penjelasan yang lebih tepat mengenai situasi ini.

Bagi Stanley Malaysia sememangnya mampu bersaing dengan Bahrain. Tetapi beberapa keputusan yang dilakukan ketika perlawanan membezakan antara yang kalah dan menang.

Salah satu daripadanya adalah tindakan mengeluarkan Darren Lok yang dianggap lebih produktif dalam membantu pasukan, dan memasukkan Guilherme de  Paula – penyerang yang tidak pernah lari daripada kritikan sejak bergelar pemain naturalisasi.

“Apabila Arif Aiman masuk, beliau mempunyai kebolehan one-on-one (menggelecek lawan), dan menghantar bola [ke dalam kotak penalti lawan],” kata Stanley menjelaskan situasi tersebut.

“Kalau kita ada replay di sini, kita boleh melihat saja reaksi [dari] De Paula dibandingan dengan Darren Lok.

“Sepanjang musim anda melihat Darren Lok yang beraksi bersama pasukan tanpa pemain import. Darren Lok [biasa] menanggung beban [psaukan] yang berat di bahu beliau.

“Antara perkara yang paling baik [kualiti] Darren Lok ialah [kebolehannya] attack (menyerang) “six-yard box”. Kebanyakkan jaringan Darren Lok [terhasil] daripada attack early crosses [menyerang hantaran lintang dengan pantas].

“Dan [anehnya] Darren Lok dikeluarkan pada ketika Arif Aiman dimasukkan.”

Anda boleh saksikan sendiri komen dan pendapat oleh Stanley melalui pautan video di atas.

Punca pasukan negara hilanga momentum

Menurut Stanley lagi, pada ketika itu pasukan Malaysia melakukan satu pertukaran yang baik apabila memasukkan Arif Aiman untuk posisi yang ditinggalkan oleh Mohamadou Sumareh yang tercedera.

Tetapi pada masa yang sama turut melakukan satu pertukaran yang kurang bijak kerana memasukkan De Paula dan mengeluarkan Darren Lok.

Dalam erti kata lain, Darren Lok adalah pemain yang lebih sesuai dan sepadan untuk digandingan bersama kemampuan Arif Aiman untuk melakukan ancaman di bahagian hadapan.

Menurut Stanley, pertukaran tersebut menyebabkan arus dan momentum perlawanan diberikan kepada Bahrain, yang akhirnya berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81 perlawanan melalui sepakan penalti.

Malaysia pula tidak memiliki sebarang peluang untuk kembali ke dalam perlawanan untuk memburu sekurang-kurangnya satu mata kerana tiada impak dihadirkan oleh De Paula.

Kongsi artikel ini