[VIDEO]: Insiden Hadangan Keras Renan Sebabkan Cabrera Tidak Sedarkan Diri

Insiden menyebabkan detik cemas berlaku dalam perlawanan di antara Kedah Darul Aman FC menentang JDT sebentar tadi apabila penyerang sayap, Gonzalo Cabrera tidak sedarkan diri selepas berlaku pelanggaran dengan pemain pertahanan, Renan Alves.

Insiden tersebut berlaku babak kedua perlawanan. Cabrebra pada ketika itu sedang berlari laju, bersaing dengan bek kanan Kedah, Rizal Ghazali dalam situasi satu lawan satu mengejar bola.

Renan Alves yang cuba menghalang larian Cabrera dengan badannya menyebabkan kedua-dua pemain bertembung. Nyata pertembungan tersebut menyebabkan impak dan bahaya.

Berdasarkan klip ulang tayang yang dikongsi di media sosial, tidak ramai yang sedar akan keadaan Cabrera pada mulanya. Renan dipersalahkan pengadil dan dilayangkan kad kuning. Kejadian berlaku betul-betul di luar kotak penalti Kedah.

Hanya selepas itu, Renan dan pengadil kelihatan cemas dan pasukan medik dipanggil untuk memberikan rawatan kecemasan kepada Cabrera.

Wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam melaporkan Gonzalo Cabrera kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kemaskini terkini dari JDT atau penganjur mengenai situasi Cabrera.

Insiden pelanggaran sehingga membuatkan pemain tidak sedarkan diri pada musim ini bukan kali pertama berlaku. Dalam perlawanan di antaraLiga Super Malaysia pada bulan lalu, pemain tengah Sabah, Azzizan Nordin turut mengalami situasi yang sama selepas pelanggaran dengan pemain pertahanan Selangor.

Keadaan keselamatan pemain di dalam situasi sebegini seharusnya dipandang serius oleh pihak Malaysian Football League (MFL).

Di dalam kes Azizan misalnya, pemain itu diarahkan kembali menyambung aksi sebelum dikeluarkan selepas itu.

Dalam insiden sebentar tadi, pasukan medik dilihat tidak memiliki peralatan yang lengkap seperti โ€˜neck supportโ€™ sebagai langkah berjaga-jaga berhadapan situasi sebegitu.

Sumber: Semuanya BOLA

Kongsi artikel ini