VIDEO: Ini Mesej Klopp Selepas Sambung Kontrak Bersama Liverpool

Liverpool FC sebentar tadi mengumumkan sambungan kontrak Jurgen Klopp. Kontrak baharu itu akan mengikat Klopp bersama Liverpool sehingga 2024.

Selain Klopp, dua lagi pembantu jurulatih iaitu Peter Krawitez dan Pepijn Lijnders juga bersetuju untuk kekal bersama Klopp.

Perjanjian baharu diantara Klopp dan Liverpool ini tiba selepas empat musim yang dianggap berjaya oleh jurulatih dari Jerman berusia 52 tahun itu.

“Pada saya [kontrak baharu] ini adalah kenyataan jelas dari saya, iaitu untuk meneruskan apa yang terbina hasil kerjasama [bersama Liverpool] selama ini, dan apa yang kita mahu capai bersama selepas ini.

“Selepas menilai perkembangan selama ini, saya berpendapat sumbangan saya boleh terus berkembang di sini.

“Pada musim luruh 2015 [apabila dihubungi Liverpool] saya berpendapat kami sesuai untuk sama lain. Saya percaya kerjasama ini tetap kelal sama iaitu untuk membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak, dan meyakinkan saya untuk kekal sehingga 2024.

Klopp turut memuji Pengarah Sukan Liverpool, Michael Edwards sepanjang tempoh beliau bersama Liverpool.

Bagi Klopp apa yang ada di Liverpool pada hari ini terutama persekitaran yang ada di kelab tersebut adalah impian semua pengurus.

 

Kongsi artikel ini