Filem pendek animasi “Dear Basketball” adalah antara karya agung perfileman sukan yang pernah dihasilkan, setelah pernah memenangi anugerah Oscar.
Berita kematian Kobe Bryant pada hari ini bukan sahaja mengejutkan dunia sukan, tetapi turut melibatkan dunia Hollywood.
Di atas gelanggang, Bryant dikenali sebagai legenda bola keranjang. Tetapi di luar, kehidupan Bryant turut dikelilingi oleh perkara lain yang beliau minati. Antaranya adalah perfileman.
Memenangi Anugerah Oscar
Pada 2018 Bryant telah memenangi aungerah Oscar untuk filem animasi pendek berjudul “Dear Basketball”.
Filem tersebut diolah berdasarkan ‘surat cinta’ yang beliau sendiri tulis untuk disiarkan diruangan “The Players’ Tribune”.
Ia adalah pencalonan dan kemenangan pertama beliau di Oscar.
Tulisan tersebut dinukilankan pada 2015, sebelum Bryant bersara sebagai pemain profesional pada tahun berikutnya.
Bryant sebelum itu berkecimpung di dalam arena bola keranjang untuk separuh abad lamanya.
Dear Basketball
Nukilan beliau di dalam “Dear Basketball” menceritakan bagaimana beliau buat kali pertama terlibat di dalam sukan bola keranjang.
Ia juga mengenai apa yang beliau paling suka dan pengajaran yang beliau perolehi sepanjang bergelar pemain profesional.
“Penceritaan adalah salah satu perkara yang sentiasa menarik minat saya sejak dari kecil,” ujar beliau kepada ABC News dalam satu temubual pada 2016.
Kobe Bryant wrote a poem entitled 'Dear Basketball' when he retired in 2015.
In 2018 it won the Oscar for best short animated film.
These are his words, as read by an actor… pic.twitter.com/TZOUQmEdWb
— BBC Sport (@BBCSport) January 26, 2020
Untuk menjadikan Dear Basketball dari tulisan kepada animasi, Bryant mendapatkan khidmat dan pertolongan pakar animasi terbaik seperti Glenn Keane.
Keane adalah salah seorang ‘animator’ yang sudah biasa dengan produksi besar seperti “Tarzan”, “The Little Mermaid” dan “Pocahontas”.
Untuk menjadikan ia sebagai sebuah filem pendek, khidmat komposer John Willams yang sebelum ini terlibat dengan filem “Star Wars” dan Jurassic Park” turut ditagih.
Bryant membintangi animasi tersebut sendiri dan bertanggungjawab terhadap sutradara dan naratif penceritaan.
Kisah awal Bryant dan bola keranjang
Apabila filem animasi “Dear Basketball” disiarkan buat pertama kali di Festival Filem Tribeca pada 2017, Bryant telah dijemput ke rancangan “Good Morning America”.
Ia adalah untuk mengupas mengenai inspirasi di sebalik pembikinan filem pendek tersebut dan rasa cinta Bryant terhadap sukan bola keranjang.
“Saya tidak boleh melepaskan langsung bola keranjang,” ujar beliau pada 2017.
WATCH: Kobe Bryant accepted the #Oscar for Best Animated Short in 2018 — "As basketball players, we're really supposed to shut up and dribble. But I'm glad we do a little bit more than that."pic.twitter.com/DGNjBz1dfH
— Good Morning America (@GMA) January 26, 2020
“Apabila kedua ibu bapa saya membelikan bola yang baharu, saya hanya berbaring di atas katil dan membaling bola tersebut.
“Saya juga terlena bersama bola yang sama. Apabila terbangun pada sebelah paginya, saya lantas mengambil bola keranjang tersebut dan terus bermain.
“Saya tidak boleh berhenti!.” Jelas beliau dalam perkongsian tersebut.
Bola keranjang dalam darah daging
Di Amerika Syarikat, beberapa sukan utama mendominasi minat penduduk di sana. Selain daripada bola keranjang, permainan bola lisut dan football juga adalah antara kegilaan ramai.
Tetapi bukanlah menghairankan bagaimana Bryant amat meminati sukan bola keranjang.
🏀 33,583 points.
⭐ 18 All-Star Games.
💍💍💍💍💍 NBA championships.
🐍 Only one 'Mamba'.
Relive some of the best moments of Kobe Bryant's 20-year NBA career.
Kobe Bryant dies in helicopter crash: https://t.co/9CgoJOQIk9 pic.twitter.com/TwoTjMmOZG
— Sky Sports NBA (@SkySportsNBA) January 27, 2020
Bola keranjang sebenarnya seperti mengalir bersama keluarga Bryant. Ayahnya Joseph Washington Bryant misalnya adalah bekas pemain profesional.
Hari ini Josepeh adalah jurulatih skuad WNBA Los Angeles Sparks. Bryant juga merupakan anak saudara kepada pemain bola keranjang NBA Chicago Bulls, John “Chubby” Cox.
Penutup: Cinta kepada bola keranjang
“Apabila anda berada di sekolah, dan anda mahu menyiapkan kerja sekolah secepat mungkin supaya boleh balik dan bermain bola keranjang sepanjang hari, maka anda tahu ia sudah serius,” jelas Bryant mengenai cintanya kepada sukan itu.
Bryant mulai beraksi di NBA pada 1996, dan sejak daripada itu telah muncul juara NBA sebanyak lima kali.
Bersama negaranya pula, Bryant telah membantu Uncle SAM memenangi dua pingat emas di Sukan Olimpik.
Walaupun karier sebagai pemain profesional telah berakhir pada 2016, cinta Bryant terhadap sukan ini tetap menyinar di setiap aspek kehidupan beliau.
Kini, ia akan dikenang melalui filem pendek “Dear Basketball”, yang diinspirasikan dari hasil nukilan beliau sendiri.