Kebiasaannya tahun baru sering kali disambut dengan azam baharu. Azam tersebut kebiasaannya dijadikan pegangan atau azimat untuk mengejar kejayaan yang lebih bermakna pada tahun ini.
Tahun baru juga disambut dengan pelbagai cara. Tidak ketinggalan ialah ucapan selamat tahun baru kepada ahli keluarga, sahabat handai, dan teman-teman dari dekat dan jauh.
Paris Saint-Germain (PSG) misalnya memuat naik sebuah video berdurasi 31 saat untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada penyokong mereka.
🎇🤩
WELCOME 2⃣0⃣2⃣0⃣✨
Le @PSG_inside vous souhaite à toutes et à tous, une excellente nouvelle année ! 🙌
❤💙 #BonneAnnée2020 pic.twitter.com/Rgw6abn95w
— Paris Saint-Germain (@PSG_inside) December 31, 2019
Tidak kurang 15 pemain utama termasuk Kylian Mbappe, Angel Di Maria, Edinson Cavani dan juga pemain yang dipinjamkan dari Inter Milan, Mauro Icardi turut berada di dalam rakaman tersebut.
Persoalan, seterusnya: “Di manakah Neymar?”
Aneh sekali bintang dari Brazil itu tidak berada di dalam video tersebut.
View this post on InstagramNeymar, na sua feiras em Barra Grande, Bahia. #neymarjr #neymarjr
A post shared by FC Neymar Jr (@genioneymarjr) on
Hasil carian kami rupanya Neymar turut berada di dalam sebuah klip video lain yang kini sedang tular di Brazil.
Video tersebut menampilkan Neymar sedang berpesta di Pantai Barra Grande, salah satu tempat pesta sambutan tahun baru di Brazil.
View this post on InstagramFutebol de sabão, NJ derrubando o anão, e fechando o GOL 😂 #neymar #neymarjr
A post shared by FC Neymar Jr (@genioneymarjr) on
Lebih aneh, fizikal Neymar terutama di bahagian perut tidak menampakkan ciri-ciri seorang pemain bola sepak profesional yang berada di tahap kecergasan tertinggi.
Pada suatu video lain, Neymar dilihat bermain bola sepak di lapangan yang dilumuri oleh sabun.
Timbul persoalan, sama ada Neymar akan cuba menjana perpindahan sekali lagi pada Januari ini?
Neymar dipercayai sedang bercuti sempena ‘winter break’ di Perancis. Namun sebagai atlet profesional, bukankah ianya wajar bagi Neymar menjaga setiap aspek kehidupan beliau walaupun sedang bercuti?