Expand To Show Full Article
VIDEO: Haaland Terus Mengganas Bantu Dortmund Belasah FC Koln 5-1 - Grandstand Kita

VIDEO: Haaland Terus Mengganas Bantu Dortmund Belasah FC Koln 5-1

Erling Braut Haaland meneruskan permulaan cemerlang bersama Borussia Dortmund di Bundesliga apabila mencipta sejarah menjadi pemain pertama menjaringkan lima gol dari dua perlawanan.

Semua gol tersebut tiba pada 60 minit pertama perlawanan yang dilalui beliau bersama Dortmund.

Selepas melakukan hatrik sebagai pemain gantian pada minggu lalu, skrip hampir sama hampir berulang.

Selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-65 menentang FC Koln, Haaland menyempurnakan bola muntah untuk jaringan pertamanya, diikuti gol dari sudut sukar selepas melepasi halangan penjaga gol.

Haaland yang masih berusia 19 tahun kini menjaringkan 28 gol dari 22 perlawanan sepanjang separuh musim bersama Red Bull Salzburg.

Lapan daripadanya tiba dari enam penampulan di Champions League.

Sehingga kini, Haaland telah menjaringkan 33 gol untuk Salzburg dan Dortmund, dengan purata satu gol untuk setiap 46 minit.

Untuk Dortmund pula, ia bersamaan dengan purata satu gol untuk setiap 12 minit Haaland beraksi.

Jika kadar jaringan ini kekal, ia bermakna pemain muda in akan mengakhiri saingan dengan jumlah 117 gol.

23 pemain telah menjaringkan lebih banyak gol dari Haaland di Bundesliga, tetapi tiada pemain gantian yang menyamai jumlah lima gol dijaringkan setakat ini.

“Ia amat istimewa – lima gol, dua perlawanan, ia permulaan yang cemerlang,” kata kapten Dortmund, Marco Reus ketika mengulas pencapaian pemain muda itu.

Persoalan terbesar ialah adakah Haaland akan mendapat peluang beraksi sebagai pemain barisan utama selepas dua pemampilan dari bangku pemain simpanan?

“Beliau tidak berlatih sejak Disember lalu akibat kecederaan, jadi kami harus berhati-hati dengan beliau,” jelas pengurus Dortmund, Lucien Favre.

“Beliau belum bersedia beraksi dari permulaan, maka kami harus mempunyai perancangan teliti.”

Sebelum kemasukan Haaland, Jadon Sancho membuka laluan untuk Raphael Guerreiro sebelum mencetak nama sebagai penjaring selepas gol Reus.

Mark Uth menjadikan kedudukan 3-1, sebelum kemasukan Haaland mencuri timpuan perlawanan.

Haaland, anak kepada bekas bintang Noreay dan Manchester Citu, Alf Inge bukan satu-satunya pemain yang mencipta rekod dalam perlawanan ini.

Sancho pada usia 19 tahun dan 305 hari teur menjadi pemain termuda di Bundesliga menjaringka 24 gol setakat ini.

 

Kongsi artikel ini